Latest News

Adam AF Dan Fiza Elite Rujuk Semula Kerana Cinta. Tahniah!

Ramai yang terkejut bila pasangan Adam AF2 dan Fiza Elite mengambil keputusan untuk bernikah pada 26 September tahun lalu, namun lebih ramai terkejut apabila pasangan itu bercerai pada 28 April lepas, kira-kira 7 bulan selepas berkahwin.
Namun hari ini Adam memberitahu melalui Bipop bahawa dia dan Fiza telah rujuk pada 19 Ramadan lepas dan telah pergi ke pejabat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Shah Alam pada jam 11 pagi Selasa baru-baru ini untuk pendaftaran rujuk semula perkahwinan mereka.
Mereka berkenalan pada Ramadan tahun lepas dan berkahwin setelah mengenali selama dua bulan. Memberitahu mereka rujuk semula kerana cinta, keduanya menganggap apa yang telah berlaku dalam rumah tangga mereka sebagai ujian dan takdir Allah.
Bersamalah kita doakan kebahagiaan rumahtangga mereka berdua berkekalan hingga ke akhir hayat.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.