Latest News

Aliff Omar Anak Allahyarham Sharifah Aini Bernikah Oktober Ini?





  



Sudah lebih 42 hari Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini pergi mengadap Illahi. Kepada mereka yang rapat dengan beliau, sudah tentu masih lagi merasai akan akan kehilangan penyanyi legenda bersuara emas itu. Pastinya yang paling terasa akan pemergian Kak Pah adalah anak sulungnya, Aliff Omar yang sempat menjaga ibunya yang terlantar sakit ketika balik ke Malaysia untuk bercuti Jun lepas.

Namun, seperti yang dilaporkan di dalam akhbar Berita Harian Ahad dalam ruangan Desas-desus B Pop oleh penulis Raja Nurfatimah Mawar, Aliff Omar dikatakan bakal menamatkan zaman bujangnya Oktober ini. Jika benar, maka ini adalah satu berita yang cukup menyenangkan bukan sahaja mereka yang rapat dengan Kak Pah malah peminat-peminat Kak Pah juga turut berasa gembira dengan berita ini.

Namun tidak didedahkan siapakah gadis yang cukup bertuah disunting oleh Aliff. Biarlah yang empunya badan memaklumkan sendiri. Yalah, Si Aliff itu seorang anak yang cukup pemalu dan seorang yang merendah diri. Lagipun banyak masa Aliff dihabiskan di Madinah menuntut ilmu dan jarang beliau ditemubual oleh wartawan untuk mengetahui perkembangan terkini beliau.

Aliff juga dikatakan sedang membuat persiapan majlis pernikahan beliau  namun tidak dipastikan dimanakah dan bila majlis bakal berlangsung.

Jika arwah masih ada, sudah tentu beliaulah yang paling sibuk menguruskan majlis itu. Malah dikatakan Arwah Kak Pah cukup berkenan dengan pilihan hati anak lelakinya itu. Gadis muslimah pilihan Aliff dikatakan seorang yang berbudi bahasa, cantik dan daripada keluarga yang baik-baik.

Bila dikenang kembali, rasa sayu pula  bila arwah tidak berkesempatan untuk menyaksikan anak tunggalnya itu berumahtangga. Namun pastinya arwah gembira kerana akhirnya Aliff bakal menamatkan zaman bujang dan memiliki keluarga sendiri.

Kepada Aliff, semoga pernikahan yang dirancang Oktober ini, Insya Allah, berjalan dengan lancar dan semoga rumahtangga yang bakal dibina akan terus berkekalan dan diberkati oleh yang maha Esa.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.