Latest News

Anuar Zain Dengan Imej Bermisai




KUALA LUMPUR, 26 OGOS 2014: Mungkin cukup asing buat peminat penyanyi lelaki kesayangan ramai Anuar Zain melihat artis itu dengan imej bermisai dan berjanggut.

Namun itulah imej terbaru yang diketengahkan Anuar Zain sejak lebih dua bulan lalu.



Malah menerusi foto yang dimuat naik di laman instagram beberapa rakan artis dan juga peminat penyanyi berkenaan, Anuar Zain nampaknya cukup selesa dengan imej berkenaan, apatah lagi langsung tidak segan untuk dirakamkan sebagai kenangan abadi.


Pihak pengurusan Anuar Zain ketika dihubungi berkata, imej berkenaan bukanlah baru dalam hidup penyanyi itu bagaimanapun sedar ia merupakan tarikan terbaru buatnya.

“Sebenarnya Anuar Zain pernah berimej misai dan berjanggut sebelum ini. Memang ramai yang tak perasan, tapi itulah hakikatnya. Ini bukanlah kali pertama untuk Anuar Zain berimej seperti itu.



“Bagi pihak kami, ia adalah perkara biasa untuk golongan lelaki. Ada kalanya dia suka bermisai dan ada kalanya tidak,” kata Nana mewakili pihak pengurusan Anuar Zain.

Nana turut menambah, imej berkenaan sudah mula menjadi penampilan Anuar Zain sejak sebelum Ramadhan lalu dan sejak itu ramai peminat yang telah memberikan maklum balas positif berkenaan imej barunya itu.



Sementara itu Anuar Zain turut memberi kenyataan berhubung imej terbarunya itu yang menganggap ianya hanyalah sebagai perubahan baru dalam penampilannya agar tampak berbeza.

“Hanya untuk suka-suka mencuba penampilan yang berbeza. Kalau asyik sama tentu saja membosankan,” katanya ringkas.

Terbaru, Anuar Zain akan bercuti ke Jordan dengan peminat pada November ini menerusi pakej percutian Magical Jordan With Anuar Zain.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.