Latest News

Awie Atau M. Nasir, Mana Satu Pilihan Anda Untuk Pengetua AF2014?

Pejam celik pejam celik Akademi Fantasia akan kembali untuk tahun 2014. Senarai nama 12 peserta terakhir dan tenaga pengajar telah pun diumumkan. Zizan Razak telah diumumkan sebagai hos konsert mingguan sementara Jihan dilantik menjadi pengacara Diari AF. Persoalan yang tinggal hanyalah kerusi pengetua AF2014. Siapakah yang bakal menduduki kerusi panas tersebut? Dengar cerita, 2 nama yang telah dsenarai pendek ialah Awie dan juga M. Nasir.
awie dan m nasir
Pada mulanya hanya nama Awie sahaja dipertimbangkan untuk memegang jawatan pengetua AF2014 namun kes mahkamah dan kontroversi penyanyi tersebut dengan Rozana Misbun telah menyebabkan nama M. Nasir disebut-sebut sebagai calon pengganti. Secara jujur, Abang Nara teringin juga nak tengok Awie marah-marah kat budak AF2014 tue. Selalu pengetua lembut-lembut dan cakap berlapik. Kalau dapat kat Awie baru sedap kena bambu budak-budak nie. Barulah tak ada naik lemak. Tak gitu?
awie dan m nasir
Apa pun AF2014 perlu banyak pembaharuan daripada semua segi untuk menarik kembali perhatian penonton. Secara jujur, AF sudah tiada daya tarikan. Kena buat sesuatu yang amat drastik. Katanya konsep yang sama seperti AF3 akan dikekalkan. Hmmmm. Kita tengoklah sama-sama percaturan Astro kali ini. Apa pendapat anda? Adakah AF2014 akan meniti puncaknya sekali lagi?______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.