Amboi, amboi, amboi. Terkejut Abang Nara mendengar desas-desus ini. Mana tidaknya, Neelofa kini dikhabarkan sedang hangat bercinta dengan kerabat diraja dan dikatakan bakal berkahwin tidak lama lagi. Kerabat diraja yang mana satu, tidaklah pula diketahui. Rasanya baru sahaja Neelofa dan Hans Isaac putus cinta. Adakah Neelofa telah bertemu pengganti atau ini sekadar gosip sahaja?
Ditanya oleh Kosmo mengenai kebenaran khabar angin ini, Neelofa enggan memberikan sebarang komen. Kata Neelofa:-
Saya tidak mahu sebarang temu ramah. Maaf. Bulan ini dan bulan depan, saya tidak menerima sebarang temu ramah. Beri saya ruang
No comments:
Post a Comment