Latest News

Diana Danielle Tak Akan Cemburu Lagi – Farid Kamil

Filem terbaru lakonan Farid Kamil dan Maya Karin iaitu Lagenda Budak Setan 3 akan berada di pawagam tidak lama lagi. Kalau sebelum ini Diana Danielle pernah meluahkan rasa cemburunya terhadap Nora Danish yang berlakon bersama suaminya, adakah perkara yang sama akan berulang lagi? Jangan risau kerana kali ini Farid Kamil telah memberi jaminan bahawa isterinya itu tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Maya Karin boleh menarik nafas lega. Hehehe.
farid kamil
Malah menurut Farid Kamil, isterinya juga merupakan salah seorang peminat novel Lagenda Budak Setan. Abang Nara dulu masa muda sampai menangis-nangis baca novel tersebut. Memang power. Tak sabar nak tonton filem ketiga yang merupakan penutup. Kata Farid Kamil:-
Diana memberitahu dia tidak sabar mahu menonton Lagenda Budah Setan 3 dan insya-Allah saya akan membawanya ke tayangan perdana nanti.
Perkara yang lepas tidak akan berulang lagi. Berdasarkan nasihat daripada orang lain, tahun pertama hingga kelima perkahwinan banyak dugaan, namun pengalaman itu membuatkan kami semakin memahami antara satu sama lain.
farid kamil
Biasalah itu untuk seorang isteri cemburu walaupun memang kerjaya suaminya seorang pelakon yang memerlukan Farid Kamil berlakon dengan wanita lain. Kalau tak cemburu maknanya tak sayang. Abang Nara yakin Diana Danielle sudah pandai mengawal tahap kecemburuannya kali ini. Apa pun, jom sama-sama kita pergi tonton filem Lagenda Budak Setan 3 nanti. Confirm leleh air mata punya.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.