Latest News

Eja Lebih Cerewet



Sejak bergelar ibu kepada anak tunggalnya, Nur Eishal Mohd Silahuddin, dramatis terkenal, Siti Shahrizah Saifuddin kini lebih selektif dalam memilih watak.

Malah, Siti Shahrizah atau lebih mesra disapa sebagai Eja mengakui dia kini lebih cerewet kerana fokus utamanya adalah kepada keluarga.

"Tanggungjawab sebagai isteri semakin bertambah setelah bergelar ibu. Lagi pula, anak itu amanah ALLAH SWT. Jadi, tanggungjawab itu sudah menjadi lebih besar," katanya pada Zass.

Menurutnya, dia kini lebih selesa membintangi telefilem daripada drama atas dasar faktor masa.

"Biasanya, masa bagi penggambaran untuk telefilem lebih singkat dan tidak memerlukan saya ke luar daerah.
"Ini adalah permintaan saya sendiri memandangkan anak saya kini sudah bersekolah," katanya yang sudah terlibat dalam bidang seni selama 18 tahun.

Meskipun begitu, pelakon berusia 41 tahun ini tidak berhasrat berhenti daripada bidang lakonan.

"Tiada istilah berhenti kerana lakonan adalah periuk nasi saya.

"Ini adalah kerjaya saya dan ia bukan dibuat semata-mata untuk mengejar glamor atau menjadi terkenal. Saya masih lagi berlakon, tetapi cuma mengehadkannya kerana fokus saya kini adalah pada keluarga," tegasnya.

Bagaimanapun, Eja menganggapnya sebagai satu peluang keemasan buat pelapis-pelapis dalam bidang ini.
"Lebih baik bagi peluang pada generasi baharu menonjolkan bakat  sekali gus menyokong mereka," katanya yang bakal muncul dalam beberapa telefilem.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.