Latest News

Enot Nafi Dakwaan Berpura-pura Sakit Kanser

Memang Abang Nara terkejut beruk semalam apabila membaca dakwaan seorang pelakon wanita yang dikatakan berpura-pura menipu dirinya sakit kanser di BiPop. Sekali baca pun Abang Nara dah tahu pelakon tersebut ialah Enot. Dikatakan mempunyai kanser tahap keempat, Enot kononnya mahu meminta simpati untuk mendapat tawaran kerja dengan menjaja kisah sedih dirinya ditimpa sakit tersebut.
enot nafi kanser
Hari ini menerusi Mstar Online, Enot tampil menafikan dakwaan tersebut. Iyerlah, orang kalau kena kanser dah sampai peringkat keempat memang tak boleh nak bergerak dah. Terlantar je atas katil. Menurut Enot, kanser usus yang dihidapinya hanya tahap kedua sahaja. Itu yang masih boleh aktif berlakon. Kata Enot:-
Sejak bila pula kanser saya di tahap empat? Sakit kanser usus saya ini sebenarnya di tahap dua! Pelik, apabila berkongsi sakit, orang pertikaikan. Sedangkan selama ini saya tidak pernah meminta bantuan daripada sesiapa pun.
Saya usaha dan cari semangat sendiri untuk meneruskan hidup selain perlu bekerja demi menampung kehidupan bersama anak-anak. Apabila tuduhan ini timbul, saya anggap mereka mahu lihat saya mati terus agaknya
Namun Enot mengakui yang kawan-kawan baiknya mula menjauhkan diri sejak dirinya sakit. Benarlah kata orang, kawan ketawa boleh dicari, kawan menangis memang sukar dijumpai. Sedih juga Abang Nara membaca luahan hati Enot. Memang tabah sungguh Enot.
Memang saya tidak mahu terima rawatan di hospital. Ini kerana saya tidak mahu sakit lebih teruk, terlantar di hospital dan akhirnya pergi begitu sahaja.
Siapa yang nak bagi makan minum kepada anak-anak? Nak harapkan bekas suami, tak makanlah mereka.Kerana itu saya mengambil inisiatif untuk mengambil ubat-ubatan tradisional dan sementara itu bolehlah saya berniaga.
Tak kisahlah apa orang nak kata, saya masih kuat pun kerana anak-anak. Orang luar tidak tahu pun penderitaan yang saya lalui. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana Allah memberikan saya kudrat untuk melakukan pelbagai jenis kerja selain berlakon.
Selain itu, kesihatan saya pun sedikit pulih selepas mengambil sejenis makanan tambahan daripada cendawan kultur. Biarlah dengan apa yang orang nak kata, yang penting saya ada cara tersendiri untuk menjaga diri
enot
Diharap Enot tabah dengan dugaan ini. Makcik Abang Nara pun kena kanser tahun lalu. Alhamdulillah sekarang dah makin okay selepas pembedahan dan mengamalkan makan sejenis daun. Abang Nara tak ingat dah daun apa tapi ia memang berkesan. Mungkin Enot boleh buat kajian dan mencuba. Mana tahu boleh berjaya pulak. Kalau korang ada nasihat dan panduan untuk para pesakit kanser, kongsikan di ruangan komen.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.