Latest News

Erma Fatima Nafi Mahu Minta Cerai Daripada Bade

Sebenarnya Abang Nara agak terkejut juga membaca perkhabaran mengenai Erma Fatima yang dilaporkan ingin meminta cerai daripada suaminya, Bade seperti yang telah dilaporkan di dalam BiPop semalam. Seperti yang kita semua tahu, Bade baru-baru ini telah pun melangsungkan perkahwinan keduanya. Agak pelik juga kenapa Erma mahu memohon penceraian sedangkan dia sendiri telah memberi keizinan untuk dimadukan oleh Bade.
erma fatima
Tekanan daripada hidup bermadu dikatakan menjadi punca permohonan cerai yang kononnya bakal dilakukan oleh Erma. Malah menerusi artikel tersebut, Erma dikatakan sedang mencari peguam untuk menguruskan hal tersebut. Namun hari ini menerusi Mstar Online, Erma Fatima tampil menafikan khabar angin yang ditulis. Kata Erma:-
Fail cerai? Siapa yang kata? Saya sendiri tidak tahu menahu mengenai perkara ini macam mana pula orang lain lebih tahu? Saya belum baca gosip berkenaan tetapi apa yang ditulis itu tidak benar. Saya tidak mahu komen panjang mengenai perkara ini dan biarlah apa orang hendak kata
erma fatima
Lega hati Abang Nara mendengar penafian ini. Iyerlah, sayang sangat kalau perkahwinan berpuluh-puluh tahun berakhir dengan penceraian. Lagipun Erma memang dah beri keizinan untuk Bade berkahwin lagi. Tak nampak ada sebarang masalah. Semoga dengan penafian ini, tiada lagi desas-desus sebegini berterbangan. Sama-samalah kita doakan agar Erma sekeluarga terus bahagia.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.