Latest News

Fizo Omar Agih Burger Percuma, Tanda Boikot Mcdonald?



KUALA LUMPUR 8 OGOS 2014:  Ratusan biji burger (hotburgermalaysia) oleh Fizo Omar diagihkan secara percuma kepada orang ramai bertempat di sebuah masjid di Wangsa Maju selepas selesai Solat Jumaat.

“Alhamdulilah, tidak sampai 5 minit burger percuma yang saya agihkan telah habis diberikan terutama kepada jemaah masjid, dan pada waktu yang sama juga saya letakkan sebuah tabung untuk didermakan kepada Penduduk Gaza,” ujarnya Fizo dihubungi Murai.
Menurutnya lagi, agihan burger percuma ini tidak ada kena mengena dengan kempen boikot burger jenama popular dunia itu dan mahu mempromosikan burger jenamanya, niatnya untuk mengagihkan burger secara percuma sudah lama difikirkan dan hanya memilih masa yang sesuai untuk berbuat demikian.
“Boikot itu hak individu itu sendiri, apa yang saya lakukan adalah benar-benar ikhlas dan tiada unsur untuk sabotaj mana-mana pihak, sambutan yang diberikan oleh orang ramai amat memberangsangkan dan Inshaa-Allah saya akan edarkan lagi secara percuma di hari yang lain,” katanya.
Agihan burger percuma itu turut dibantu oleh pekerjanya seramai 5 orang dan untuk agihan yang seterusnnya, dia akan mengumumkan menerusi media sosial seperti Facebook dan Instagram miliknya.
______________________________________________________

Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.