Latest News

Impian Jadi Kenyataan, Shila Amzah Kini Miliki BMW X6?

Tidak dapat dipastikan, namun Abang Nara ingin mengucapkan jutaan tahniah sekiranya memang benar Shila Amzah kini memiliki BMW X6 sebagai keretanya. Kagum Abang Nara dengan pencapaian Shila Amzah walaupun masih muda. Inilah hasil usaha kerja keras penyanyi ini selama bertahun-tahun. Memang berbaloi-baloi dengan segala pengorbanan yang dilakukan oleh Shila. Pasti ada yang cemburu, namun hanya Shila sendiri yang tahu betapa peritnya rintangan yang perlu dilalui sebelum impian ini tercapai.
shila amzah bmw x6
Berkongsi gambar di atas menerusi Instagramya, Shila Amzah menulis:-
Dreams do come true when you believe in yourself.
shila amzah bmw x6
Semoga perkongsian Shila ini akan menjadi pembakar semangat buat kita. Jika kita berusaha sebaik mungkin, bekerja keras, tahu apa yang kita mahukan dan tidak mudah berputus asa, pasti segala impian boleh menjadi kenyataan. Bagi Abang Nara, Shila Amzah adalah ‘role model’ kepada belia-belia di luar sana. Semoga terus maju jaya di masa hadapan. Tahniah!!!
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.