Latest News

JAIS Diyakinkan Ramli Ms-Alyah Nikah Di Batam


Kenyataan rasmi JAIS berhubung pendedahan perkahwinan Datuk Ramli MS dan Alyah


SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan Bahagian Penguatkuasa jabatan itu menjalankan siasatan di kediaman rumah konduktor muzik terkenal, Datuk Ramli Mohamed atau Ramli MS di Bandar Kinrara, Puchong, dekat sini, pagi ini.

Pengarah JAIS, Tuan Ahmad Zaharin Mohd Saad dalam kenyataannya sebentar tadi, berkata siasatan dijalankan berdasarkan aduan awam yang dibuat kepada jabatan itu.

"Bahagian Penguatkuasaan JAIS berjaya diyakinkan bahawa pernikahan Datuk Ramli Mohamed Salleh bersama Noor Hasliah Abu Hassan (Alyah) telah berlaku di Batam, Indonesia.

"Dokumen asal perkahwinan yang didakwa oleh pasangan ini akan diserahkan kepada JAIS pada Selasa ini untuk penelitian, semakan dan siasatan lanjut dari sudut undang-undang dan hukum syarak," kata kenyataan itu.

Ahmad Zaharin berkata, siasatan di rumah Ramli MS juga berjalan lancar berikutan kedua-dua pihak memberi kerjasama yang baik kepada anggota penguat kuasa JAIS.

BH Online awal hari ini mendedahkan mengenai status perkahwinan konduktor muzik terkenal itu dengan Alyah di Bandar Kinrara jam 7 pagi tadi selepas siasatan penguatkuasa JAIS.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.