Latest News

Lisa Surihani ajak rakyat Malaysia popularkan 'ALS Ice Bucket Challenge'



SHAH ALAM: Selebriti terkenal tanah air, Lisa Surihani mengajak peminat dan masyarakat negara ini mempopularkan cabaran ‘ALS Ice Bucket Challenge’ demi memberi kesedaran mengenai bahaya penyakit ini yang boleh membawa maut.
ALS atau nama saintifiknya "Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) atau penyakit Lou Gehrig, tergolong dalam simptom penyakit motor neuron. 


Ia adalah penyakit ‘neurodegenerative’, yang mana ia boleh membawa maut kepada seseorang yang menghidapi ALS.


Menerusi laman sosial Instagram, Lisa memuatnaik lima video mencurahkan air sejuk di atas kepalanya selepas dicabar oleh personaliti yang juga penyampai radio Redfm, JJ.

"Niat saya adalah untuk bersama meningkatkan kesedaran mengenai ALS.

"Kita akan minta 3 orang lain untuk lakukan perkara sama. Sebab itu ia boleh menjadi viral dengan cepat.

"ALS adalah penyakit serius. Apabila mereka bila buat cabaran sebaldi ais ini, ada orang luar bertanya apakah tujuannya? Adakah untuk keseronokan? Sebab itu kita akan terangkan cabaran ini untuk meningkatkan kesedaran mengenai ALS," ujarnya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.

ALS dikelaskan sebagai gangguan neurologi yang memberi kesan motor neuron terpilih iaitu sel-sel yang mengawal aktiviti-aktiviti otot dengan sendiri termasuklah bercakap, berjalan, bernafas, menelan dan pergerakan umum badan.

Cabaran air ini mula diperkenalkan oleh Pete Frates yang menghidap penyakit ini dan kehilangan rakan baiknya Corey Griffin juga kerana penyakit yang sama.

Tidak sahaja di Malaysia, cabaran ini sudah menjadi viral di kalangan masyarakat dunia, termasuklah pengasas Microsoft Bill Gates, pengasas Facebook Mark Zuckerberg, pemain bola sepak antarabangsa Cristiano Ronaldo selain selebriti terkenal dunia Justin Timberlake dan Jennifer Lopez.

Menceritakan kempen ini lebih lanjut, Lisa mahu usaha yang dilakukan itu mendapat perhatian ramai pihak untuk bersama-sama menyebarkan mesej mengenai penyakit serius yang kurang mendapat pendedahan ini.

"Saya dari dahulu jenis suka mencuba sebaik mungkin di laman sosial saya untuk sebarkan sesuatu yang ada kebaikan dan dalam masa sama memberi kesedaran mengenai sesuatu.

"Jika sekalipun bukan melalui kempen sebaldi ais ini, orang di luar sana juga buat pelbagai usaha kreatif untuk buatkan kesedaran mengenai ALS menjadi viral. Negara lain  contohnya menganjurkan marathon besar-besaran untuk tingkatkan kesedaran orang ramai," katanya lagi.

Lisa dalam pada itu mahu abangnya Arif Mohamed, penyampai radio Hitz fm Ean dan pelakon Tiz Zaqyah menyahut cabaran seterusnya.

Dengan kempen tersebut, ASL Association telah menerima sumbangan sebanyak $13.3m dari 29 Julai hingga 17 Ogos 2014, dimana kutipan ini adalah 50 kali ganda daripada kutipan biasa yang mereka terima.

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.