Latest News

Peminat Kecewa TV3 Tidak Hormati Permintaan Terakhir Allahyarham Sharifah Aini

Pada 25 Ogos 2014 lalu, TV3 telah menyiarkan kisah biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini menerusi program Majalah 3. Dokumentari tersebut memang amat menarik kerana ia menyiarkan kisah perjalanan hidup Allahyarham dari mula ketika beliau menceburi industri hiburan. Sayangnya di dalam dokumentari tersebut, gambar Allahyarham ketika tidak menutup aurat turut sama disiarkan sedangkan ketika hidupnya, Allahyarham Sharifah Aini telah meminta pihak media agar tidak menggunakan gambarnya sebelum bertudung.
sharifah aini
Berikut ialah video Allahyarham ketika ditemuramah oleh Prof Dr Muhaya di sebuah rancangan di TV9. Beliau jelas memohon jasa baik agar gambarnya sebelum berhijrah tidak dipaparkan dalam mana-mana media.
Susulan penyiaran dokumentari tersebut, para peminat Allahyarham meluahkan rasa kecewa terhadap kurangnya rasa sensitif pihak TV3. Antara luahan yang telah ditulis di Facebook TV3 ialah:-
sharifah aini
Semoga rancangan ini tidak akan disiarkan lagi oleh TV3. Semoga ia jadi pengajaran buat mana-mana media di masa hadapan. Apa pun, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Sharifah Aini. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.