Latest News

Saya Bukan Kekasih Hefny Sahad – Nad Zainal

Pelik tapi benar. Sudah tentu Hefny Sahad kini berada di dalam keadaan malu semalu-malunya. Bukan apa, Hefny sebelum ini telah mengaku sedang bercinta dengan Nad Zainal. Tup-tup hari ini si gadis menafikan perkara tersebut dan memaklumkan yang mereka berdua masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing. Memang misteri nusantara sungguh. Jangan esok lusa tiba-tiba masing-masing dah ada kekasih baru sudahlah.
nad zainal hefny sahad
Status ini terbongkar gara-gara desas-desus Nad Zainal menyerang Hefny Sahad di lokasi. Dasyat juga jika dakwaan ini benar. Garang bebenar Nad Zainal. Nasib baik ia adalah desas-desus palsu. Kata Nad Zainal:-
Dakwaan mengatakan saya serang Hefny mengarut dan tidak berasas kerana saya tidak pernah melakukan perbuatan itu.
Lagipun siapa saya mahu serang dia? Saya bukannya kekasih dia! Benar kami rapat dan masih mengenali hati budi masing-masing tetapi kami belum sampai ke tahap bercinta.
Sudah-sudahlah, tiada motif pun saya nak bergaduh dengan dia. Lagi satu saya ingin tegaskan di sini, ramai yang keliru apabila kami dianggap bercinta tetapi hakikatnya kami baru nak kenal hati budi. Belum lagi jadi pasangan kekasih.
Sehingga kini, saya mahupun Hefny boleh keluar dengan sesiapa sahaja yang kami mahu. Saya tidak mahu cakap apa-apa dah kerana yang nampak buruk tetap saya. Cuma apa yang saya boleh katakan, dakwaan diserang itu merepek
hefny sahad
Memang tak masuk akal untuk seorang wanita menyerang seorang lelaki. Lagi lagi kalau wanita itu Nad Zainal yang jelas nampak keayuan dan kelembutannya. Mungkin ada pihak yang sengaja mahu memburukkan Nad. Apa pun, kepada mereka yang berminat dengan Nad ataupun Hefny, inilah peluang anda. Kedua-duanya masih single. Mungkin Azwan Kombos mahu mencuba nasib untuk kali kedua? Mana tahu cinta bertaut kembali kan? Hehehe.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.