Latest News

Saya Masih Isteri Bade – Erma Fatima

Status Erma Fatima sebagai isteri pertama kepada Bade terus menjadi tanda tanya orang ramai. Mana tidaknya, pelbagai desas-desus dan khabar angin bertebaran sejak kebelakangan ini. Ada yang menyatakan Erma akan memfailkan penceraian tidak lama lagi. Ada yang kononnya Erma dan Bade dah tidak tinggal sebumbung dan hanya menanti saat untuk berpisah. Macam-macam versi yang ada sampai mengelirukan orang ramai.
erma fatima bade
Untuk menghilangkan kekeliruan ini, Erma Fatima sendiri telah tampil menerusi Berita Harian untuk menjelaskan status perkahwinannya dengan Bade. Alhamdulillah mereka berdua masih suami isteri. Kata Erma:-
Saya masih isteri kepadanya. Kehidupan saya seperti biasa. Seperti saya tekankan sebelum ini, kehidupan Bade dan wanita itu tak ada kena mengena dengan saya. Jadi tiada isu yang perlu dibangkitkan lagi.
Saat ini hanya Tuhan saja yang menentukan segala-galanya. Saya akan cuba bertahan selagi terdaya. Tapi andai Tuhan sudah tentukan kami tidak bersama, bermakna Bade bukan untuk saya.
erma bade
Semoga Erma diberi kekuatan untuk terus bergelar isteri kepada Bade. Rasa rugi pula jika bercerai lebih-lebih lagi apabila Erma sendiri telah memberi kebenaran kepada Bade untuk berkahwin lagi. Semoga ada hikmah atas segala ini. Yang pasti, besar pahala Erma kerana mengizinkan suaminya memadukan dirinya. Semoga ganjaran syurga menanti Erma di sana kelak. Amin.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.