Latest News

Sha'Arin(Suami Yasmin Hani) Terselamat Dari Virus Kencing Tikus!



KUALA LUMPUR, 25 OGOS 2014: Suami kepada pengacara Yasmin Hani, Sha’arin telah terselamat daripada terkena virus kencing tikus atau penyakit Leptospirosis dan telah dikeluarkan dari hospital Prince Court baru-baru ini.

Yasmin Hani yang ditemui portal murai.com.my berkata, dia langsung tidak menyangka suaminya itu telah terkena virus itu selepas mendapati suhu badan Sha’arin meningkat dan mendapati itu bukanlah demam biasa.

“Sebenarnya Sha’arin baru saja keluar dari hospital Rabu lepas dan Alhamdulillah doktor telah mengesahkan keadaannya kini beransur pulih, bagaimanapun perlu konsisten dengan ubat-ubatan yang diberikan.

“Saya agak terkejut kerana balik ke rumah saja saya lihat dia mengigil tak tentu arah dan suhu badannya meningkat. Saya terus membawanya ke hospital,”katanya yang ditemui baru-baru ini.

Ditanya bagaimana Sha’arin boleh terkena virus itu, Yasmin Hani bagaimanapun tidak pasti, namun  mereka sekeluarga kini mengambil langkah berhati-hati dengan apa juga makanan dan minuman yang diambil.

Sha’arin yang ditemui di gymnasium Celebrity Fitness juga melahirkan rasa syukur kerana terselamat daripada virus berkenan yang dipercayai boleh membawa maut sekiranya tidak dikenal pasti lebih awal.

“Syukur Alhamdulillah saya terselamat kerana bertindak dengan cepat. Sekarang saya tak sabar untuk menjalani senaman di gimnasium seperti sedia kala,” katanya positif.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.