Latest News

(TAHNIAH)Eina Azman Kahwini Datuk Gmix Ahad Ini

Jutaan tahniah diucapkan kepada Eina Azman, 19 tahun yang bakal mengakhiri zaman gadisnya pada hari Ahad ini. Eina Azman akan mendirikan rumah tangga dengan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden atau lebih mesra dengan nama Datuk Gmix, 35 tahun. Mereka berdua bakal disatukan di dalam majlis pernikahan yang akan berlangsung di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur pada malam 31 Ogos.eina azman kahwin gmixEina Azman berharap perkahwinannya dengan lelaki berketurunan Sikh ini akan melenyapkan segala fitnah yang melanda dirinya sebelum ini. Kata Eina menerusi Berita Harian:-
Eina berharap dengan berkahwin ini segala kontroversi yang pernah terpalit dalam kerjaya seni akan hilang. Eina nak bersih daripada segala kontroversi. Tapi itu tak bererti Eina akan berhenti berlakon. Bahkan bakal suami pun tak menghalang. Sekurang-kurang apabila sudah berumah tangga, ada orang yang boleh jaga Eina. Selepas kahwin pun Eina kena tahu batas. Harap perkahwinan ini akan melenyapkan segala fitnah
eina azman
Tahniah sekali lagi buat Eina Azman dan Datuk Gmix. Semoga majlis pernikahan anda akan berjalan lancar Ahad nanti. Cantik tarikh yang dipilih. Senang nak ingat nanti. Semoga perkahwinan anda akan berkekalan sehingga ke syurga. Insya Allah. Sama-samalah kita doakan.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.