Latest News

Ummi Nazeera Kongsi Kisah Penghijrahannya Buat Pertama Kali

Setahu Abang Nara, sejak penghijrahan dan kepulangannya ke Malaysia, Ummi Nazeera tidak pernah berkongsi mengenai kisah penghijrahannya di mana-mana media. Pasti ramai yang tertanya-tanya kisah di sebalik perubahan 100% Ummi yang kini menjadi contoh kepada orang ramai. Bercakap secara ekslusif sebagai duta The Bidadari yang akan dianjurkan pada 30 & 31 Ogos ini, Ummi Nazeera telah berkongsi serba sedikit mengenai kisah penghijrahannya untuk dijadikan teladan buat kita semua.
ummi nazeera
Langkah pertama penghijrahan Ummi Nazeera telah bermula di Melbourne, Australia ketika pelakon ini melanjutkan pengajian di sana. Ummi mengakui yang dia telah lupa huruf tulisan Arab sekaligus membuatkan dirinya tidak mampu membaca Al-Quran walaupun pada usia muda ibu bapanya telah membantu sepatutnya. Bermula 3 tahun yang lalu, Ummi mula mencari agama, belajar Al Quran, mendengar tazkirah dan menghadiri kelas-kelas agama.
Antara kata-kata yang cukup menarik telah dikongsikan oleh Ummi Nazeera ketika ditemuramah sempena program The Bidadari 2014 ialah:-
Alhamdulillah, saya mula berhijrah Mei 2013. Berhijrah sepenuhnya dalam segi luaran.
But the changes is actually gradually. Step by step since I first moved to Melbourne 4 years ago..
Saya masih cuba berhijrah sekarang. Masih banyak kelemahan, especially my desires, my within, my heart, my tongue, my eyes and my ears. All of these are my jihad. Masih cuba berubah ke kebaikan.
Respon saya, I felt great and complete Masha Allah ! I was always crying and so thankful sebab Allah tidak ambil nyawa saya sebelum saya menutup aurat.
Up until now, I always think to myself and thank Allah because I’m still alive and been given the chance to repent my past mistakes..
May Allah take me when He is pleased with me.
ummi nazeera
Banyak lagi pengalaman-pengalaman menarik yang akan dikongsikan oleh Ummi Nazeera di programThe Bidadari 2014 yang akan berlangsung pada 30 dan 31 Ogos ini. Kalau nak dengar secara ‘first hand’ daripada Ummi, kenalah beli tiket yang sangat berbaloi harganya. Anda boleh klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang program yang telah mengubah ramai orang sejak 3 tahun yang lalu ini.
Selain Ummi Nazeera, Fara Fauzara, Wardina, Mizz Nina dan ramai lagi selebriti yang akan turun padang untuk berkongsi kisah mereka. Insya Allah ada manfaatnya untuk kita semua. Jom ramai-ramai kita sertai program The Bidadari 2014 ini. Abang Nara pun akan turun sama sekiranya ada kelapangan. Jumpa anda di sana nanti.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.