Latest News

Aidil Mampu Bayar Semua Tuntutan Berdasarkan Gajinya Yang Mahal & Cara Hidup Mewah – Rita Rudaini

Ya jika anda terlepas pandang atau kurang mengikuti perkembangan bekas suami isteri ini, meh sini Abang Nara ceritakan kembali. Selain daripada tuntutan RM5,392 sebulan untuk anak-anak hasil perkongsian perkahwinan mereka dahulu, Rita Rudaini turut sama telah menuntut RM300,000 daripada Aidil Zafuan sebagai tuntutan muta’ah. Tuntutan nafkah untuk anak-anak telah tertunggak sebanyak RM150,000 menjadikan jumlah tuntutan yang dilakukan oleh Rita kepada bekas suaminya itu adalah sebanyak RM450,000. Banyak bukan?
rita rudaini
Namun Rita Rudaini percaya bekas suaminya itu mampu membayar jumlah tuntutan yang hampir mencecah setengah juta ini. Menurut Rita, suaminya bergaji mahal dan berdasarkan cara hidup mewah yang dipamerkan oleh bekas suaminya itu di laman sosial, tuntutan itu tidak akan menjadi sebarang masalah untuk dipenuhi. Kata Rita:-
Saya percaya bekas suami mampu untuk membayar semua tuntutan berkenaan kerana gajinya yang mahal dan cara hidupnya yang mewah juga dapat dilihat menerusi gambaryang dimuat naik di laman sosial Instagram.
Jumlah tuntutan mutaah dan nafkan tertunggak mencecah setengah juta ringgit ini difailkan selepas saya berbincang lanjut dengan peguam.
Bagaimanapun jumlah ini tidak termasuk dengan tuntutan nafkan sebanyak RM5,392 sebulan dan untuk nafkah edah yang masih dalam perbincangan dengan peguam lagi.
rita dan aidil
Fuh~~ Kalau Abang Nara kena bayar RM500,000 memang boleh ketar lutut dibuatnya. Namun Abang Nara respek kepada Rita kerana berani untuk membuat tuntutan sebegini. Memang ini adalah perjuangan untuk menjaga maruah seorang wanita. Semoga pihak yang benar akan beroleh kemenangan. Sama-samalah kita doakan. Sumber Harian Metro.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.