Latest News

Aidil Zafuan Tidak Setuju Tuntutan Mut’aah RM300,000 Rita Rudaini

Pemain bola sepak Harimau Malaya, Aidil Zafuan Abdul Razak, 27, tidak bersetuju dengan nilai tuntutan mutaah RM300,000 yang dipohon oleh bekas isterinya, Rita Rudaini Mokhtar, 38.
Aidil Zafuan menerusi peguamnya, Rushdan Sujak Rafie memfailkan pembelaannya di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Atrasina Mohd Zahrullail semalam.
Rushdan berkata, di dalam pembelaan, anak guamnya memberi alasan nilai mutaah yang dipohon oleh Rita Rudaini adalah melampaui jumlah sepatutnya.
ice age adventure “Anak guam saya tidak bersetuju dengan nilai yang dituntut oleh bekas isterinya,” katanya kepada wartawan di luar mahkamah,” katanya.
Menurutnya, kegagalan Aidil Zafuan hadir ke mahkamah pada tarikh yang lalu adalah kesuntukan masa selain perlu menyertai perlawanan bola sepak.
Saman diterima oleh Aidil Zafuan adalah singkat sebelum kes ini disebut dan dia juga tidak sempat untuk membuat lantikan peguam.
Pada kali ini dia juga tidak hadir atas alasan menyertai pasukan kebangsaan untuk perlawanan persahabatan di China sebelum menyertai Sukan Asia, Incheon, Korea esok,” katanya.
ice age adventure Mahkamah menetapkan 9 Oktober depan sebagai sebutan semula kes tersebut. Sebelum ini, Rita Rudaini yang juga seorang pelakon terkenal memfailkan tuntutan tersebut pada 7 Julai lalu.
Pasangan itu bernikah di Songkhla, Thailand pada 2008 dan disahkan bercerai oleh Mahkamah Rendah Syariah Seremban pada 6 September 2013.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3. Sumber Sinar Harian.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.