Latest News

Amy Sahkan Nabila Tak Buat Persiapan Kahwin


.

Lagenda Rock, Amy Search mengesahkan yang anaknya, aktres Nabila Huda tidak membuat sebarang persiapan majlis perkahwinan.

"Tak ada. Tak ada apa-apa persiapan pun. Sewaktu dia berjumpa saya, kami tak bincang pasal kahwin pun", ujar Amy Search ringkas sekaligus menjawab desas desus mengenai anak perempuannya itu dikatakan sedang sibuk membuat persiapan pernikahan yang akan berlangsung tak lama lagi.

Amy berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin Nabila dikatakan bakal berkahwin dengan kekasihnya dalam masa terdekat  dan mereka dikatakan sedang membuat persiapan perkahwinan.

Sebelum ini hubungan Amy dan Nabila pernah menjadi renggang gara-gara penyanyi itu menegur anaknya di laman Instagram dengan nada kasar selepas Nabila memuat naik gambar percutian dengan kekasihnya di luar negara.

Bagaimanapun pada sambutan Hari Raya pertama lalu, Amy telah berkongsi gambar dia sekeluarga di Instagram dengan meletakkan status syukur kerana hubungannya dan Nabila sudah jernih.

Nabila kini dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang pemuda yang merupakan seorang ahli perniagaan dan pemilik sebuah cafe terkenal di ibukota. Namun sehingga ini Nabila tidak banyak berkongsi dengan umum mengenai teman lelakinya itu.

Dalam pada itu, ujar figura berusia 56 tahun ini lagi, beliau tidak mempunyai masalah untuk merestui Nabila dan pasangannya jika mereka benar-benar sedia mahu berkahwin.

Nyanyi Dengan Nabila


Nabila bakal berduet dengan Amy Search pada konsert solo bapanya itu yang akan diadakan di Singapura pada 20 September ini.


Sementara menyentuh mengenai perkembangan seni Amy pula, vokalis kumpulan Search ini bakal mengadakan konsert  solonya Singapura pada 20 September ini.

Lebih istimewa khas buat para peminat Singapura, pada konsert tersebut Nabila akan tampil berduet bersamanya.

"Ini merupakan konsert solo saya yang kedua di Singapura. Konsert akan berlangsung selama lebih kurang 1 jam 45 minit.

"Insya-Allah Nabila akan menjadi artis jemputan pada konsert solo saya. Kami akan berduet satu atau dua buah lagu. Mungkin kami juga akan berkongsi pengalaman hidup kami sebagai ayah dan anak sebelum memulakan Persembahan. Tak pasti lagi.

"Sebenarnya sejak saya suarakan hasrat ajak dia berduet bersama sewaktu persembahan saya nanti, dia sebenarnya teragak-agak untuk bersetuju. Sehingga kini dia masih lagi kurang berkeyakinan untuk melakukan persembahan itu. Risau katanya. Tapi saya tahu dia boleh lakukannya", tutur Amy yang kini juga sedang sibuk menyiapkan album solo terbaharunya yang memuatkan sebanyak 10 buah lagu setelah 13 tahun tidak merakamkan album.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.