Latest News

Apa Salahnya Saya Manja Dengan Tunang? – Erin Malek

Erin Malek dan tunangnya, Farriz Fauzy telah didakwa berkelakuan ‘manja’ tahap tinggi sehingga menyebabkan orang ramai tidak selesa melihat kelakuan mereka di Matta Fair baru-baru ini. Malah apabila ditegur Erin Malek dikatakan buat tidak tahu dan bersikap lebih romantik selepas itu. Hmmmmm. Untuk makluman, Erin dan kekasih akan bergelar suami isteri pada 10 Oktober ini selepas mengikat tali pertunangan pada 21 Jun lalu.
erin malek
Seperti yang kita maklum, orang kat Matta Fair memang penuh sampai nak jalan pun tak boleh. Mungkin suasana yang sesak menyebabkan Erin dan tunang lebih rapat. Iyerlah, takut hilang. Nak cakap pun kenalah dekat-dekat sebab bising dengan bunyi sekeliling. Kata Erin:-
Kami seperti pasangan bercinta yang lain sahaja, cuma mungkin mereka bukan selebriti jadi tidak diberi perhatian, lagipun apa salahnya saya manja dengan tunang saya. Bila dah dekat-dekat dengan tarikh kahwin ini ada-ada sahaja cerita buruk yang keluar dan saya anggap ia dugaan sahaja.
Mana mungkin saya buat tidak tahu sahaja kepada orang yang menegur saya, terutama orang yang saya kenal. Mungkin saya tidak dengar ketika itu. Situasi di Matta Fair tempoh hari terlalu ramai orang, sehingga hendak jalan pun susah.
Saya sudah tahu akan ada cerita-cerita seperti ini, jadi saya awal-awal saya dan Farriz sudah bersedia tentang perkara-perkara buruk yang bakal kami hadapi. Saya tidak mahu ambil peduli sangat kerana tidak mahu ia akan memberi tekanan kepada kami banyak lagi yang perlu diuruskan
erin malek
Hmmmmm. Biasalah tue kalau dah nama selebriti memang semua orang akan pandang. Buat apa pun akan diperhatikan. Salah sikit pasti kena bambu. Asalkan perlakuan Erin dan tunang tidak salah dari sisi agama sudahlah. Nanti lepas kahwin diharap teruskan kekal manja sebegini. Barulah orang lain tak boleh nak cakap apa-apa. Tak gitu? Sumber Mstar Online.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.