Latest News

Ayda Jebat Tak Menyesal Diberhentikan Dari Universiti, Berpakaian Sopan Kerana Peminat

Dua tahun dulu, pelakon yang dikenali dengan wataknya dalam drama Rindu 200%, Ayda Jebat diberhentikan dari sebuah universiti kerana tidak dibenarkan bercuti bagi menyertai Akademi Fantasia 9 (AF9).
Ayda yang nama sebenarnya ialah Nur Suhada Jebat, 22, pada masa itu mengambil jurusan muzik. Walaupun tinggal dua semester lagi untuk mendapatkan diploma, Ayda yang telah berfikir masak-masak membuat keputusan meninggalkan pengajian untuk menyertai program realiti itu.
 photo 10649545_331146313713755_7315332903444234084_n.jpg
Namun begitu, Ayda mendakwa tidak menyesal meninggalkan pengajian kerana beranggapan apa yang dipelajarinya ialah persediaan untuk memasuki industri seni.
Tambahan pula rakan Ayda yang menamatkan pengajian masih mencari peluang pekerjaan dan peluang untuk bergiat dalam seni.
Saya tidak menyesal dengan keputusan saya itu biarpun nasib saya sebagai penyanyi tidak begitu menyerlah, namun saya terima rezeki dalam industri seni ini sebagai seorang pelakon.
Saya lihat kawan-kawan saya yang habis belajar masih lagi mencari-cari kerja, ada yang menghubungi saya semula untuk mendapatkan peluang.
Ayda juga memberitahu dia memiih berpakaian sopan kerana peminatnya terdiri dari wanita bertudung.
Saya jaga cara pemakaian sebab saya rasa tidak manis untuk berpakaian seksi kerana dalam drama saya mengenakan tudung dan berpakaian sopan.
Lagi pula peminat saya banyak daripada golongan makcik-makcik dan wanita bertudung.
Kira okaylah tu, Ayda juga makin dikenali sekarang ini. Walaupun tidak menyerlah di pertandingan AF9 dan juga dalam bidang muzik yang pernah dipelajarinya, rezeki Ayda nampaknya lebih kepada bidang lakonan. Untuk belajar, di masa hadapan pun boleh asalkan ada kemahuan, kan?______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.