Yeah~~~ JAIS telah pun mengesahkan dokumen perkahwinan Datuk Ramli MS dan Alyah yang berlangsung di Batam, Indonesia pada 18 Mac 2013 adalah memuaskan hati jabatan tersebut. Ini bermakna perkahwinan mereka boleh didaftarkan di Malaysia tanpa sebarang masalah. Malah Datuk Ramli MS dan Alyah juga memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang siasatan dijalankan. Untuk makluman, Ramli MS telah hadir ke JAIS semalam (2 September 2014) untuk menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan pernikahannya dengan Alyah.
Berikut ialah kenyataan akhbar daripada JAIS:-
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan bahawa Dato Ramli Bin Mohamed Salleh telah hadir ke Bahagian Penguatkuasaan pada jam 3.00 petang. Dokumen yang dipohon oleh JAIS telah diserahkan kepada pegawai penyiasat. Antara dokumen yang diserah adalah pasport perjalanan Noor Hasilah Binti Abu Hasan, pasport perjalanan Dato Ramli bin Mohamed Salleh dan buku nikah pasangan suami & isteri.Bagi melengkapkan siasatan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memohon agar Dato Ramli Bin Mohamed Salleh menyerahkan bukti sokongan iaitu pengesahan dari kedutaan Indonesia berkaitan pernikahan beliau. Keterangan diberikan oleh pihak beliau memuaskan hati Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan siasatan berjalan lancar berikutan kerjasama yang diberikan pihak beliau. Sebagai makluman umum, tarikh pernikahan Dato Ramli Bin Mohamed Salleh bersama Noor Hasilah Binti Abu Hassan adalah pada 18 Mac 2013.
______________________________________________________
No comments:
Post a Comment