Latest News

Fazura Naik Angin?



Dah lama kita tak mendengar kisah mengenai si cantik jelita yang seorang ni kan? Rasanya kali terakhir gosip mengenai Fazura adalah ketika timbul desas-desus dia sedang bercinta dengan Remy Ishak.

Tapi, macam biasalah. Gosip sekadar tinggal gosip apabila Fazura menafikan dakwaan tersebut, malah menyelar individu yang memulakan isu tersebut.

Bagaimanapun, semalam satu status yang dimuat naik di laman sosial Twitter telah menarik perhatian ramai followersnya. Eh.. No.No.No. Bukan pasal gosip bercinta dengan sesiapa tau. Ha.. nak tahu pasal apa? Baca sini dulu.

 

Marah betul nampaknya Fazura dengan video memaparkan sesorang kanak-kanak lelaki mendera seekor anak anjing yang kini sudah mula menjadi viral di laman sosial. Belum tengok lagi video tu? Klik je sini okay!

Yelah kan. Walaupun ia anak anjing, ia tetap makhluk ciptaan Allah SWT dan tidak sepatutnya diperlakukan sedemikian rupa. Siap lambung-lambung macam patung tak bernyawa pulak tu!

Tidak dapat menerima perlakuan kejam itu, Fazura turut menggesa agar orang ramai berganding bahu untuk mencari kanak-kanak tersebut.

 

Fazura memohon semua yang menyanyangi kucing untuk menderma kepada kucing-kucing. Kerabat2 dialu-alukan.


Mungkin bagi sesetengah pihak perkara itu tidaklah sepenting mana, tapi tindakan Fazura ini sedikit sebanyak akan menimbulkan kesedaran dalam kalangan orang ramai mengenai kes penderaan haiwan.

Al-maklumlah, Fazura ni memang sayangkan haiwan. Buktinya, di laman twitternya pun dah awal-awal lagi dah tulis yang dia memang seorang ‘animal lover’.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.