Latest News

Jimmy Shanley Bimbang Anak Terikut Gaya Hidup Bebas Bekas Isteri

Bila sudah masuk mahkamah, habislah semua benda dalam kain pun akan terbongkar. Itulah kalau ada masalah suami isteri selalunya pihak yang terbabit akan cuba menyelesaikan masalah tersebut di luar mahkamah. Segan juga kalau masyarakat tahu lebih-lebih jika anda seorang selebriti seperti Jimmy Shanley. Untuk makluman, perbicaraan kes untuk mengetepikan perintah hak untuk bermalam terhadap Jimmy Shanley yang dikemukakan oleh bekas isterinya, Nursuhaila telah pun berlangsung semalam.
jimmy shanley
Menariknya Jimmy memaklumkan kepada mahkamah yang dirinya bimbang anak mereka, Zahra Rania akan terpengaruh dengan gaya hidup bebas bekas isterinya itu yang sukakan hiburan. Kata Jimmy:-
Walaupun dia pernah bersumpah dan mengaku tidak menghisap rokok lagi, namun pada sambutan ulang tahun kelahirannya, Nursuhaila Eliani masih merokok dan ia dirakamkan oleh orang awam.Jika hak itu dihalang (hak bermalam), saya khuatir jika hubungan anak dengan saya selaku bapanya menjadi renggang.
jimmy
Entah bila agaknya kes ini akan dapat diselesaikan. Kasihan Abang Nara terhadap si anak yang pastinya terkontang-kanting. Hmmmmm. Harapnya dapatlah kes ini dibicarakan tanpa sebarang masalah dan keputusan dapat diberikan secepat mungkin. Sama-samalah kita doakan.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.