Latest News

Kami Bernikah Dengan Restu Seluruh Keluarga Alyah – Ramli MS

Pasti ramai yang tertanya-tanya sama ada keluarga Alyah mengetahui tentang pernikahan anak mereka dengan Ramli MS di Batam, Indonesia setahun yang lalu. Iyerlah, orang kalau selalu kahwin di ‘oversea’ nie sebab nak sorokkan daripada pengetahuan semua orang termasuk kaum keluarga. Namun Ramli MS ternyata ‘macho’ orangnya. Pernikahan tersebut telah berlangsung dengan restu dan dalam pengetahuan seluruh keluarga Alyah.
alyah
Menariknya Datuk Ramli MS sebenarnya telah merancang untuk membuat majlis resepsi perkahwinannya dengan Alyah pada bulan September ini, sekaligus membuat pengumuman mengenai status suami isteri mereka.. Namun disebabkan terbongkarnya rahsia perkahwinan mereka terlebih dahulu, majlis terebut akan ditunda dan hanya akan dihadiri oleh sahabat rapat sahaja. Kata Ramli MS:-
Saya tidak pernah berhasrat berbohong atau menafikan pernikahan kami, sebaliknya saya mengambil pendekatan tidak menjawab persoalan itu apabila diajukan tentang isu peribadi kerana ia pendirian saya sejak dulu lagi.
Sebagai lelaki yang berusia, saya mahu mengumumkannya dalam keadaan yang jelas selepas kediaman saya siap dan kami rasmi berpindah masuk ke sini. Bagaimanapun ada pihak yang terlalu kepoh dan tidak sabar, maka majlis sederhana itu saya tunda dan hanya akan dihadiri sahabat rapat sahaja.
Seperti yang saya beritahu, ia terlalu peribadi. Saya tidak peduli pandangan orangan kerana saya melakukan (pernikahan) yang sah di sisi agama.
Kami bernikah pada bulan Mac tahun lalu di pejabat agama di Batam, Indonesia dengan restu dan pengetahuan seluruh keluarga Alyah. Hanya itu yang boleh saya kongskan.
Apabila terbongkarnya perkahwinan ini lebih awal daripada jangkaan, pasti sedikit sebanyak ia akan memberi tekanan kepada Ramli MS. Namun Ramli MS memaklumkan yang dia OK saja. Kata Ramli lagi:-
Saya okay, saya tidak tertekan atau berasa reputasi saya tercalar. Saya tidak buat salah. Kediaman ini juga bukan rumah maksiat.
Saya juga tidak salahkan JAIS, mereka cuma buat kerja mereka. Cuma saya kasihan pada orang yang membuat aduan kepada JAIS yang barangkali berharap saya tidak mempunyai sijil pernikahan bersama Alyah.
Khalayak boleh melempar tohmahan dan fantasi liar yang mengatakan saya ada benda kurang baik yang saya hendak sembunyikan. Padahal tidak. Ini hak mutlak saya untuk tidak menghebahkan hal peribadi kepada umum.
Eh, kami nikah degan mas ringgit RM (Ringgit Malaysia) ya. Hantaran itu hak peribadi saya nak beri apa. Kenapa nak kepoh?
Macam yang saya cakap tadi, saya tak peduli apa orang cakap. Kami tak buat salah. Apa yang penting semuanya sah di sisi agama.
ramli ms
Nah panjang lebar penjelasan daripada Ramli MS kali ini. Diharap anda semua berpuas hati. Apa pun memang ada hikmah di sebalik kejadian ini. Sekurang-kurangnya tak perlu nak sorok-sorokkan lagi status anda berdua di khalayak ramai selepas ini. Lega sikit boleh jalan berpegang tangan dan sebagainya. Tak gitu? Apa pun, semoga kebahagiaan terus akan menjadi milik Ramli MS dan Alyah. Sama-samalah kita doakan.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.