Latest News

ND Lala Akan Selesai Konflik Dengan Media Melayu Secepat Mungkin

Bapa dan juga pengurus kepada Shila Amzah, ND Lala telah memaklumkan akan menyelesaikan konflik yang tercetus antara pihaknya dengan media Melayu dalam masa terdekat ini. Menurut ND Lala, pihak pengurusan Shila Amzah belum bersedia untuk memberi sebarang kenyataan berhubung salah faham yang timbul membabitkan isu jemputan media untuk konsert anaknya yang telah berlangsung baru-baru ini.
nd lala
Selain daripada isu jemputan, ND Lala akan turut menjawab sebarang pertanyaan mengenai dakwaan konsert Shila Amzah ditaja oleh syarikat judi. Kata ND Lala menerusi Harian Metro hari ini:-
Waktu ini tidak sesuai. Kami tengah fokus dengan rakaman album Mandarin Shila di Beijing. Saya tengah cari tarikh terdekat untuk balik Malaysia dan memenuhi permintaan rakan media untuk mendapat maklum balas. Jumpa nanti.
shila amzah
Semoga dengan penjelasan daripada ND Lala kelak akan menjernihkan hubungan Shila Amzah dengan para media Melayu yang telah keruh akibat kontroversi ini. Sama-samalah kita nantikan kepulangan mereka.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.