Latest News

Neelofa Didakwa Tiru Rekaan Tudung Sastrahijabs

Abang Nara tak tahu sangat mengenai tudung. Di mata Abang Nara semua nampak sama. Namun kalau tanya pada wife, mesti dia boleh bezakan. Yang ini kain keras, yang ini tak sesuai dengan muka bulat, yang ini mahal sebab kain berkualiti dan sebagainya. Industri tudung ini memang juta-juta punya business. Sebab itulah kita tengok banyak artis yang turut sama mempunyai jenama tudung mereka.
neelofa
Salah seorang daripada mereka ialah Neelofa yang telah tampil dengan tudung jenama ‘Naelofar Hijab’. Wife Abang Nara kata rekaan Naelofar ‘simple’ dan menarik. Tak susah nak digayakan. Menariknya hari ini kecoh di laman sosial apabila pemilik Sastrahijabs tampil mendakwa yang Neelofa telah meniru rekaan tudungnya. Hmmmm.
neelofa
Secara jujur Abang Nara selaku seorang lelaki tak nampak di mana persamaan tudung Sastrahijabs dan Naelofar Hijab. Orang lelaki bukan ambil kisah pun. Kalau nak belikan untuk isteri pun kitoarang hanya fikirkan harga je. Mahal sangat jangan beli. Menariknya pemiliknya Sastrahijabs mendakwa dirinya telah di’block’ selepas membuat teguran mengenai peniruan ini.
neelofa
Sukar juga nak cakap bab tiru meniru ini lebih-lebih lagi kalau tak ada copyright. Sebab itu tudung Fareeda satu ketika dahulu siap keluarkan mengenai ‘patern’ tudung mereka. Kalau tiru memang boleh disaman. Bab Naelofar dan Sastrahijabs ini susah sikit nak cakap. Sama-samalah kita nantikan penjelasan daripada Neelofa berkaitan hal ini. Terima kasih Masz Lynna untuk informasi ini.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.