Latest News

Nora Danish Terima Ancaman Rogol Beramai-Ramai

Nora Danis kena ugut rogol

Nora Danish Terima Ancaman Rogol Beramai-Ramai

Pelakon Nora Danish telah menerima komen-komen berbau lucah oleh seorang pengikutnya iaitu @muhd_akmal95 di laman sosial Instagram miliknya.
Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 32, turut diancam oleh individu yang sama yang mengajak pengikut-pengikut lain untuk merogol pelakon itu secara beramai-ramai.
“Rogol jer @noradanish ni ramai-ramai, baru best,” kata @muhd_akmal95 berulang kali pada petang Jumaat.
Pada Jumaat lalu, Nora memuatnaik foto dia membonceng sebuah motosikal yang ditunggang oleh kekasihnya, Nedim Nazri dengan kapsyen:
“I was from Ikea with mama and all. And stuck in a bad heavy traffic depan Tun Razak, He came and rescue me with gg scooter. Home we schootch.”
Foto tersebut mendapat pujian daripada kebanyakan pengikut-pengikutnya yang menyifatkan Nedim seorang lelaki yang romantis.
Bagaimanapun, salah seorang pengikut Nora, @muhd_akmal95 pula memberi beberapa komen lucah dan turut memberi cadangan kepada pengikut untuk merogol pelakon itu beramai-ramai.
Komen negatif itu telah mengundang kemarahan pengikut-pengikut Nora dengan menyifatkan individu tersebut sebagai seorang lelaki yang tidak senonoh.
Malah, pengikut-pengikut Nora meminta pelakon itu mengambil serius terhadap komen @muhd_akmal95 kerana ia berbau ancaman dan boleh membahayakan keselamatan dirinya.
Peminat Nora meminta dia untuk membuat laporan polis bagi membersihkan namanya daripada terus dipergunakan pihak tidak bertanggungjawab.
“Saya mencadangkan supaya @noradanish dan @bossned_ (Nedim) membuat laporan polis terhdap @muhd_akmal95 . Komen dia sudah melebih-lebih,” kata @nzaifa.
mStar Online yang cuba mendapatkan komen daripada Nora bagaimanapun wanita itu gagal dihubungi.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.