Latest News

Pelakon Mon Ryanti Sudah Bernikah



JOHOR BAHRU 12 Sept. - Pelakon dan penyampai radio Ultra.fm, Mon Ryanti, 26, atau nama sebenarnya Haryanti Muhammad Sahudina Lee selamat diijabkabulkan dengan pasangannya di Sangkar Kristal di sini pada pukul 10.25 malam tadi.

Hanya dengan sekali lafaz, Mon Ryanti yang juga seorang model, sah bergelar isteri kepada Mohd. Hasrul Ali, 26, yang dinikahkan oleh Imam Masjid Sultan Abu Bakar, Datuk Mahat Mohd. Said dengan mas kahwin berjumlah RM515.15 dan hantaran sebanyak RM25,000.

Rombongan pengantin lelaki membawa sembilan dulang hantaran, antaranya beg tangan, minyak wangi dan jam tangan manakala pengantin perempuan membalas dengan 11 dulang, antaranya senaskhah al-Quran, baju melayu, barangan kulit dan manisan.

Majlis pernikahan pasangan tersebut dihadiri kira-kira 200 orang, terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat kedua-dua pengantin. 








______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.