Latest News

Penonton Melodi Selar Sherry Al Hadad Sebab Gemuk


Seperti kita ketahui, sekarang ini terdapat ramai sungguh pendakwah tak bertauliah yang gemar bertandang ke laman sosial artis untuk memberi nasihat percuma.

Walau pun sesetengah daripada golongan ini kadang kala agak menjengkelkan namun mereka boleh dianggap jauh lebih baik daripada jenis kaki kutuk.

Contohnya dua pengguna Instagram baru-baru ini boleh dianggap biadap dan tak berhati perut apabila mengutuk pengacara baru Melodi, Sherry Al Hadad kerana berbadan besar di Instagram Melodi TV3.

‘Semak tengok si gemuk jadi pengacara’ dan ‘pengacara kenapa gemuk sangat’ dilemparkan kepada Sherry di saat orang ramai memberi maklum balas di ruangan komen berkaitan kemerdekaan.

Susulan itu pengurus Sherry dilihat mengepos kembali komen ini di Instagram peribadi bagi menegur individu terbabit dan meluahkan kesedihannya kerana masih ada manusia dengan mentaliti begini iaitu melihat kecantikan fizikal dahulu berbanding bakat.



Rasanya mana-mana perempuan pun akan terluka apabila paras rupa atau badan mereka dikutuk, Sherry pasti tak terkecuali.

Namun salut pada Sherry kerana dia nampaknya bersikap positif dengan kutukan yang diterima dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang terus memberikan sokongan kepadanya.


Tak apalah Sherry, sudah lumrah hidup dalam ramai-ramai manusia yang suka kita mesti ada terselit juga yang busuk hatinya. Teruskan bersabar dan perbaiki lagi mutu bakat anda agar terus berjaya dalam bidang seni ok?

______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.