Latest News

Saya Demam Teruk, Bukan Sengaja Tak Nak Datang – Zed Zaidi

Akhirnya Zed Zaidi tampil untuk menjelaskan sebab sebenar dirinya tidak hadir ke majlis pertemuan bekas ahli jawatankuasa SENIMAN yang dianjurkan oleh Datuk Yusof Haslam baru-baru ini. Abang Nara ingatkan Zed tidak ‘gentleman’ dan takut dimaki sekiranya hadir, rupa-rupanya bekas presiden SENIMAN ini mengalami demam panas yang amat teruk. Abang Nara pernah gak kena demam panas. Nak bangun daripada katil pun terasa peritnya.
zed zaidi
Akibat ketidakhadirannya itu, Zed Zaidi telah dicop sebagai tidak bertanggungjawab dan takut untuk menyelesaikan kemelut yang melanda persatuan tersebut. Namun Zed menjelaskan yang ketidakhadirannya berpunca daripada demam dan turut mempersoalkan tujuan pertemuan tersebut diadakan. Kata Zed:-
Peliklah, pada hari tersebut, memang saya demam teruk kerana sebelum itu saya sibuk dengan urusan keluarga serta perkahwinan adik saya. Bukannya sengaja tak mahu datang. Apabila saya tidak ada pada pertemuan itu, macam-macam pula tuduhan yang diberikan.
Saya ada bertanya pada Datuk (Yusof) kenapa baru sekarang nak damaikan ahli-ahli dan bukannya sebelum isu dibawa ke mahkamah?
Lebih pelik pertemuan dilakukan ketika menjelangnya AGM. Saya bukannya mahu menuduh sesiapa. Cuma pelik apabila isu mahu berdamai timbul apabila AGM dah nak dekat.
Bukankah segala masalah berbangkit boleh dibawa ke AGM nanti? Nanti jangan pula ada yang sengaja cakap saya mahukan jawatan presiden semula. Saya tak kisah pun tentang pangkat
zed zaidi
Menariknya di dalam salah sebuah suratkhabar semalam, dilaporkan menerusi laman Facebook SENIMAN terdapat beberapa status yang dikongsi oleh orang yang tidak dikenali yang seolah-olah memperlekehkan usaha pertemuan tersebut. Berdasarkan pencarian Abang Nara hari ini, dilihat bahawa laman Facebook SENIMAN sudah pun dibuang dan tidak wujud lagi. Hmmmmm. Apa pun, Abang Nara sokong usaha Datuk Yusof Haslam yang mahu menjernihkan keadaan. Sekurang-kurangnya ada berbuat sesuatu daripada hanya duduk melihat para ahli bertelagah sesama sendiri. Tak gitu? Sumber Mstar Online.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.