Latest News

Saya Doakan Wawa Zainal Sedar Daripada Khalayan – David Teo

Nampaknya kemelut antara David Teo, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal masih tidak berjaya diselesaikan. Kesemua pihak yang terbabit lebih gemar menggunakan media sosial untuk memberi kenyataan. Ajakan David Teo kepada Aeril dan Wawa untuk bertemu di pejabatnya masih tidak bersambut menyebabkan kontroversi ini berpanjangan. Dalam hal ini, Abang Nara menyokong David Teo kerana mahukan segalanya diselesaikan secara hitam putih agar tidak timbul sebarang masalah di masa depan.
david teo
Sebenarnya masalah ini amat mudah. Aeril dan Wawa mahukan barangan (yang dikatakan baju dan seluar dalamnya) di dalam kereta itu. Kalau nak ambil barang, kenalah berjumpa kan? Takkan nak hantar ikut pos pulak. Kalau nak jumpa, kenalah pergi pejabat. Di pejabat nanti bolehlah bincang segala apa yang patut dibincang. Pelik juga kenapa Aeril dan Wawa takut sangat nak pergi pejabat David Teo. Hmmmmm.
david teo
Terang David Teo secara panjang lebar:-
Memang sudah lama ada konklusi. Tiada apa yang tidak selesai. Tapi mereka berpemikiran kebudak-budakkan dan anggap ia belum lagi selesai. Sebenarnya pihak syarikat telah lama menghantar surat hitam putih untuk berbincang. Tapi dia (Aeril) memilih media sosial untuk menyelesaikannya.
Pejabat saya tidak pernah berpindah dan lokasi mereka pun dekat dengan pejabat saya. Kenapa tak mahu datang dan berbincang? Pejabat saya hari-hari buka. Kenapa dia guna media sosial? Kalau betul-betul nak tuntut, datang lah berbincang, kenapa pilih media sosial.
Kalau ditolak, dicampur… memang ada benda yang patut dibayar dan ada yang tak patut dibayar. Dia (Aeril) sebenarnya hanya mahu menuntut seluar dan baju dalamnya saja.
Media sosial ialah khayalan. Kalau tuntutan secara nyata ialah datang berbincang dan tandatangan. Semuanya kena ada hitam putih. Kalau mereka nak beli kereta itu, kita memang nak jual. Lagipun kereta itu sudah pakai, sudah tiada nilai lagi kalau nak jual pada pihak lain. Tapi mereka tetap nak pilih media sosial untuk ‘bercerita’.
Dari segi rakaman, bukti, percakapan semua sudah disimpan secara baik mengikut undang-undang. Saya hantar surat minta Wawa datang ke pejabat, dia balas katanya, dia tak mahu datang, Aeril sekarang pengurus dia.
Saya anggap dia (Wawa) kanak-kanak dan dia anak angkat saya dahulu. Jadi saya sentiasa mendoakan dia supaya sedar daripada khayalan dan belajar mengahdapi masa depan dengan lebih matang. Saya masih ada kesabaran untuk mengampunkan dia. Lagipun hal ini adalah hal sebelum kahwin.
Dulu masa nak jadi artis dibawah syarikat saya, tahu pula dia datang jumpa saya. Tapi bila nak keluar dari syarikat, adakah saya pula yang harus berjumpa dengan dia?
Saya sudah minta dia datang dan berbincang untuk masa depan dia (Wawa) tapi katanya, dia bukan artis saya lagi. Jadi semuanya sudah tamat.
Dia (Wawa) yang tamatkan saya bukan saya yang tamatkan dia. Jadi sekarang ni siapa yang sebenarnya cetuskan kontroversi…?
david teo
Jangan sampai 2,3 tahun selepas ini pun masalah yang melanda David Teo, Aeril dan Wawa ini tak selesai-selesai disebabkan hanya tidak mahu bertemu mata. Perkara langgar kontrak dah lama berlalu, David Teo pun dah maafkan. Tak perlulah rasa takut nak jumpa. Tak adanya David Teo nak makan orang. Yang penting masalah dapat diselesaikan dan semua orang dapat hak masing-masing. Tak gitu? Apa kata anda? Sumber MalaysianDigest.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.