Latest News

Sidang Media Shila Amzah Gagal Jernihkan Hubungan Dengan Media Melayu

Nampaknya reaksi yang ditunjukkan oleh media Melayu selepas sidang media bersama ND Lala dan Shila Amzah tidak seperti yang dijangkakan. Ada beberapa media yang melahirkan rasa kekecewaan mereka kerana sesi penerangan yang dilakukan oleh ND Lala dan Shila Amzah turut sama digunakan sebagai kesempatan untuk menghentam beberapa orang wartawan.
nd lala shilaUntuk makluman, ND Lala telah menjelaskan kronologi kontroversi yang berlaku secara terperinci dengan menunjukkan keratan artikel beberapa suratkhabar dan blog. Turut dilakukan oleh ND Lala ialah meng’highlight’kan beberapa nama wartawan yang dikatakan memfitnah Shila Amzah di ‘slide presentation’nya.
nd lala shilaND Lala juga telah mengulas semula status-status sesetengah wartawan di laman sosial peribadi mereka dan mempersoalkan kewajaran status tersebut dimuat naik. Tindakan ini ternyata telah menimbulkan rasa kurang senang para wartawan yang hadir. Untuk makluman juga, beberapa media Melayu utama dilihat tidak menghadiri sidang media ini. Barangkali media-media tersebut sudah mula memboikot penyanyi ini.
Selain itu, ND Lala mempersoalkan tindakan para media yang meminta pendapat artis-artis lain mengenai kontroversi anaknya. Contohnya kepada Datuk Hattan, DJ Dave dan Dayang Nurfaizah. Malah tindakan sebuah media meminta pandangan mufti mengenai tajaan syarikat judi untuk konsert (walaupun ia adalah fitnah) turut sama dikritik oleh ND Lala.
nd lala shilaSecara jujur, memang agak panjang penjelasan kronologi yang diberikan oleh ND Lala. Dan ketika penjelasan tersebut, ND Lala menggunakannya untuk ‘mengajar’ para media mengenai cara penulisan yang sepatutnya dilakukan oleh mereka. Mungkin kerana itu para media yang hadir tidak senang duduk dibuatnya. Apa pun, ia adalah hak ND Lala untuk bercerita panjang lebar kerana sidang media tersebut adalah sidang medianya.
nd lala shila
Kesimpulan yang Abang Nara dapat berikan ialah sidang media ini sebenarnya gagal untuk menjernihkan hubungan media dengan Shila Amzah. Sehingga saat artikel ini ditulis, Abang Nara masih belum nampak mana-mana media utama menceritakan apa yang terjadi di semalam. Mungkinkah pemboikotan telah bermula? Itu hanya mereka sahaja yang tahu. Apa pun terima kasih diucapkan kepada ND Lala dan Shila Amzah kerana telah berusaha sebaik mungkin untuk mencuba menjernihkan suasana.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.