Latest News

Sorok Nikah, Perbuatan Ramli MS & Alyah Tak Salah – Ustaz Kazim Elias

Menarik penjelasan daripada Ustaz Kazim Elias mengenai perkahwinan Ramli MS dan Alyah. Secara umum, ramai orang (termasuk Abang Nara) mengkritik tindakan komposer terkenal ini yang telah menyorok pernikahannya dengan Alyah selama setahun. Hanya baru-baru ini apabila diserbu oleh JAISbarulah status perkahwinan mereka terbongkar. Untuk makluman, mereka berdua telah disatukan sebagai suami isteri di Batam, Indonesia.
kazim elias
Secara asasnya, perkahwinan di dalam Islam perlu diwar-war dan dihebahkan walaupun dengan seekor kambing sahaja. Namun penjelasan daripada Ustaz Kazim Elias ini menunjukkan bahawa perbuatan menyorok pernikahan daripada umum yang telah dilakukan oleh Ramli MS adalah tidak salah. Kata Ustaz Kazim Elias:-
Sebenarnya, perkahwinan kita sunat untuk diwar-warkan dan dengan itu kita juga disunatkan membuat kenduri walaupun dengan seekor kambing sahaja.
Ini bererti, seekor kambing itu cukup untuk keluarga terdekat sahaja dan sekiranya pasangan itu enggan memberitahu kepada umum, itu hak mereka. Yang penting, perkahwinan itu sah dan keluarga terdekat sudah tahu
Malah perbuatan Alyah yang selama ini tidak mengiyakan perkahwinannya dengan Ramli MS juga dibenarkan di dalam Islam. Terang Ustaz Kazim Elias lagi:-
Tak payahlah nak hentam pasangan itu. Mereka tidak bersalah, malah ada hak mahu merahsiakan perkahwinan itu.
Selain itu, menafikan pernikahan kepada umum juga tidak akan jatuh talak sebaliknya ia dipanggil kategori Kinayah.
Bagaimanapun, bagi pihak Ramli mahupun Alyah pula, mereka pun tidak perlu melatah kerana menjadi normal sebagai selebriti, masyarakat mahu tahu semua mengenai mereka
alyah
Hari ini Abang Nara belajar benda baru selepas membaca penerangan Ustaz Kazim Elias ini. Rupa-rupanya perbuatan Ramli MS dan Alyah tidak salah dari segi agama. Selama ini pemahaman Abang Nara silap. Terima kasih kepada Ustaz Kazim atas penerangan ini. Semoga pembaca BeautifulNara tidak lagi menyalahkan Ramli MS dan Alyah kerana perbuatan mereka selama ini. Sumber Mstar Online.
______________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.