Latest News

Suki Ada Sebab Sorokkan Berita Kehamilannya



Suki Low teruja menantikn kelahiran anak pertamanya tidak lama lagi. Kredit foto: Suhaizul Izhar

Juara program realiti One In A Million (OIAM) musim pertama, Suki Low punya sebab tersendiri mengapa dia tidak menghebahkan berita dirinya hamil.

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu 'Terlalu Mencintaimu' ini, meskipun suaminya, Jeremy Chong telah berkongsi tentang hal itu di laman sosial namun berita dirinya hamil terlalu personal baginya dan dia mahu khabar gembira berkenaan diketahui umum secara natural (dengan sendirinya) bukan menerusi pengumuman rasmi darinya.

"Saya tak umumkan sebab bagi saya ia terlalu peribadi, lagipun ianya hal keuarga. Kalau suami saya tak umumkan dan muat naik gambar di Instagram, saya rasa tentu tiada siapa pun tahu.

"Sekarang kandungan saya sudah enam bulan setengah. Saya memang tak merancang untuk menghebahkan atau buat apa-apa pengumuman kerana sebolehnya saya mahu ianya natural, kalau orang tahu, tahu lah", katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Kempen dan Lagu Salute Malaysia bertempat di Kampus Kota UniKL, semalam.

Suki atau nama sebenarnya, Low Sook Yee, 24, dan Jeremy, 32 berkahwin pada 12 Disember 2012. Pasangan ini mengadakan majlis tertutup di Pulau Pinang bertemakan perkahwinan dalam taman dan pada sebelah petangnya majlis keraian akan diadakan di atas kapal Star Cruise Libra.

Dalam pada itu tambah Suki lagi, dia teruja menantikan kelahiran bayinya yang dijangka akan lahir sekitar Disember depan. Malah dia dan suaminya sudah memilih beberapa nama untuk cahaya mata sulung mereka itu.

Memandangkan hari lahirnya jatuh pada 11 Disember, penyanyi ini juga berharap anaknya itu 'sempat' menunggu sehingga tarikh tersebut.

"Doktor jangkakan dia akan lahir pada Disember iaitu empat hari sebelum hari jadi saya. Tapi alangkah bagusnya kalau dia boleh 'menunggu' sehingga tarikh hari lahir saya. Dan kalau boleh saya mahu lahirkannya secara normal", katanya yang akan bersalin di salah sebuah hospital di ibu kota.

Sementara berkongsi serba sedikit pengalaman sepanjang tempoh kehamilan, Suki berkata dia bersyukur kerana tidak mengalami alahan yang teruk seperti sesetenagh wanita hamil lain. Cuma, di awal-awal kehamilannya, dia dapat merasakan perubahan ketara pada dirinya iaitu dia tidak lalu untuk memakan daging. Sebaliknya bertukar selera sebagai seorang vegeterian.

Malah sebelum doktor mengesahkan jantina kandungannya, Suki terlebih dahulu dapat merasakan yang di bakal melahirkan anak lelaki.

"Tiada banyak perubahan ketara. Saya juga tak alami alahan. Cuma masa awal-awal, sewaktu saya belum betul-betul pasti yang saya hamil, saya perasan yang saya tak suka makan daging. Sedangkan sebelum ini saya boleh memakannya. Tapi saya jadi vegeterian.

"Selain itu setiap kali saya bercakap dengannya, naluri saya dapat rasakan yang anak saya ini lelaki. Dan akhirnya doktor sahkan dia lelaki. Sekarang ini saya ada banyak masa kerana utuk sementara waktu saya sudah tidak terima tawaran menyanyi, jadi bila waktu lapang, saya akan nyanyikan untuk bayi saya atau saya tulis lagu. Sejak hamil ini, saya mula berkobar-kobar mahu menjadi seorang yang lebih kreatif dari segi mengahasilkan lirik-lirik lagu", ujarnya dengan nada teruja.

Katanya lagi, sepatutnya dia dan suaminya merancang mahu berpindah ke rumah baharu. Tetapi hasrat mereka suami isteri terpaksa ditangguhkan sehingga anak mereka lahir. Ini kerana mengikut kepercayaan tradisi cina, dia tidak boleh ke mana-mana (pindah rumah) sepanjang tempoh kehamilan.

Selepas bersalin nanti, dia akan dijaga oleh ibu mertuanya sepanjang tempoh berpantang.

______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.