Latest News

Tasha Shila Nafi Memadu Asrama Dengan Hans Dalam Bilik Air

Fuh~~ Dasyat betul tuduhan terbaru yang dikenakan terhadap Tasha Shila ini. Mana tidaknya, pelakon jelita ini didakwa memadu asrama dengan kekasih hatinya, Hans di dalam bilik air di sebuah lokasi drama bersiri Maaf Jika Aku Tak Sempurna. Abang Nara baca pun memang terus tak percaya. Tak logik dalam bilik air. Memang tak masuk akal.
tasha shila
Bagi Tasha, tuduhan ini adalah satu fitnah yang mengaibkan. Sumber yang membawa dakwaan ini khabarnya adalah salah seorang kru produksi drama tersebut. Terang Tasha Shila:-
Siapa yang cakap benda macam ini? Saya tak nak komen panjang-panjang selagi tak jumpa orang yang menyampaikan cerita itu! Saya sampai tak tahu nak respons apa. Memang mengejutkan sebab macam tak sudah-sudah orang nak memalukan saya dengan cerita macam ini.
Saya sedar ia bukan kali pertama dilemparkan, tapi cukup-cukuplah buat saya macam ini. Ini tuduhan melampau dan memalukan. Takkan saya tak boleh nak berfikir sampai perlu buat benda macam itu di tempat kerja?
Tasha bagaimanapun mengakui yang kekasihnya itu kadangkala hadir ke penggambaran untuk singgah mengambil dirinya dan bukannya berkepit sepanjang masa seperti yang didakwa. Terang Tasha lagi:-
Tidaklah sampai dia sentiasa berkepit sepanjang saya menjalani penggambaran. Itu tak betul langsung. Cuma kadang-kadang dia datang ambil saya selepas habis penggambaran dan singgah sekejap saya. Apatah lagi kalau sampai ke tahap orang cakap kami buat benda bukan-bukan di set. Itu memang melampau.
tasha shila
Hmmmm. Kalau guna akal logik pun memang tahu tuduhan ini tak betul. Takkanlah dalam bilik air kot. Lain kali kalau nak buat cerita pun, biarlah nampak logik sikit. Tak adalah sampai ke tahap tidak masuk akal sebegini. Tak gitu? Kepada Tasha Shila, bersabarlah. Inilah dugaan menjadi artis. Sumber Harian Metro.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.