Latest News

Zaquan Adha Mengamuk Dengan Iqram Dinzly Kerana Cemburu?




KL, 9 SEPT 2014: Ish, tiada angin tiada ribut, tiba-tiba Murai Batu diberitahu oleh seorang teman bahawa pemain bola sepak negara, Zaquan Adha tengah mengamuk  giler dengan pelakon Iqram Dinzly.

Waktu dapat tahu perkhabaran tersebut, Murai Batu tengah sibuk mencekik cempedak goreng yang baru beli di kawasan Ampang. Nasib baik Murai Batu tak tercekik biji cempedak tu. Kalau tak nanti, keluar pulak berita kat portal Murai ni yang Murai Batu masuk hospital sebab tertelan biji cempedak. Tak ke. kecoj jadinya nanti. 

Okey berbalik pasal isu Zaquan Adha dengan Iqram Dinzly nih. Murai Batu sebenarnya tak tahu sebab-musabab apa Zaquan naik hantu dengan Iqram. 

Tapi teman Murai Batu suruh Murai Batu cepat-cepat checked twitter Zaquan. Sebab, dari situ Murai Batu akan mendapat jawapannya. 

So, bila Murai Batu jumpa saja twitter Zaquan, Murai Batu pun ternampaklah posting si Zaquan. Amboi marah nau nau si Zaquan dengan si Iqram. 


Kononnya sebab tak sanggup melihat Ayu Raudhah diperlakukan begitu dalam filem Lagenda Budak Setan 3. Siap cakap lagi lepas ni, dia tak akan benarkan Ayu Raudhah berlakon lagi. 

Aiyo... pasai apa. Apakah yang telah diperlakukan Iqram sampai si Zaquan tak sanggup melihatnya. Adegan yang terlalu mesra dan intim-intimkah? Nampak gayanya, Murai Batu kena tengok Lagenda Budak Setan 3. 

Apapun, si Iqram pun tak mahu mengalah. Bertubi-tubi jawapan balas ditujukan buat Zaquan. Kata Iqram, berlakon tak sama dengan main bola di padang dan dia bukannya nak rembat pun Ayu Raudhah daripada Zaquan. Iqram juga meminta supaya Zaquan menjadi profesional. 

Ish... Murai Batu pun tak tahu nak cakap apa. Tiba-tiba lidah jadi kelu pulak. Besar isu ni. Siapa yang nak jawab ni isu ni?

______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.