Latest News

Zed Zaidi Tak Hadir Majlis Pertemuan Pemimpin SENIMAN

Selasa lalu, telah berlangsung pertemuan bekas kepimpinan dan ahli jawatankuasa organisasi SENIMAN yang dianjurkan secara tertutup oleh Datuk Yusof Haslam. Tujuan perjumpaan ini tak lain tak bukan untuk menjernihkan kemelut dua pihak yang bertelagah di dalam organisasi ini. Antara yang telah hadir ialah Harun Salim Bachik, Abu Bakar Omar, Yusof Kelana dan beberapa lagi ahli jawatankuasa yang lain.
zed zaidi
Namun apa yang menyedihkan ialah apabila bekas Presiden SENIMAN sendiri iaitu Zed Zaidi tidak menghadiri pertemuan ini. Para hadirin telah meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan sikap ego dan tidak bertanggungjawab bekas pemimpin itu sedangkan sudah diingatkan mengenai mesyuarat tersebut malam sebelumnya. Antara kata-kata yang dikeluarkan mengenai ketidakhadiran Zed Zaidi ialah:-
Saya ralat dan kesal dengan tindakan Zed yang tidak hadir dan menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab. Beliau sebenarnya antara individu terpenting dalam menjernihkan kemelut ini. (Datuk Yusof Haslam)
Kami kesal dengan alasan diberi Zed kerana pertemuan ini sudah dirancang awal. Pada malam sebelum pertemuan berlangsung, kami sudah ingatkan, namun pada saat akhir Zed batalkan kehadiran. Sebagai bakal pemimpin bukan ini caranya. Beliau harus hadapi kemelut ini dengan apa cara sekalipun demi memulihkan SENIMAN. Daripada awal, Zed sudah menyerahkan segala keputusan atas kepercayaan saya. Ini bermakna beliau memang ada niat untuk tidak hadir. (Yusof Kelana)
yusof haslam
Kecewa juga Abang Nara membaca luahan hati para ahli SENIMAN yang lain. Zed Zaidi sepatutnya hadir kerana pastinya dengan kehadiran bekas Presiden, kemelut dapat diselesaikan dengan lebih mudah. Hmmmmm. Selama ini Abang Nara ingatkan Zed ‘jantan’ kerana lantang bersuara, namun rupa-rupanya…. Hmmmm… Sumber Berita Harian.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.