Latest News

Izara Aishah Akui Bercinta Dengan Adib Khalid

Argh~~~~ Pasti ramai yang kecewa apabila membaca pengakuan Izara Aishah ini. Mana tidaknya, hati si cantik jelita ini kini sudah menjadi milik Adib Khalid, anak tiri kepada Datuk Siti Nurhaliza. Baru-baru ini mereka berdua dilihat menyambut hari jadi bersama-sama. Malah Datuk Siti Nurhaliza ada berkongsi gambar Izara Aishah memasak di rumahnya. Memang benarlah tanggapan Abang Nara yang hubungan antara Izara dan Adib lebih daripada kawan biasa.
izara dan adib
Berkata secara ekslusif kepada MediaHiburan, Izara memaklumkan tiada apa yang perlu disorokkan mengenai hubungannya dengan Adib. Kata Izara:-
Di awal perhubungan saya akui kami hanya berkawan. Itu yang saya mengambil pendekatan untuk tidak terlalu bercerita. Dan bila kami sudah bersama atau lebih tepat bercinta, tidak ada apa yang perlu saya sorokkan. Tapi tidak bermakna saya perlu bercerita satu dunia akan hal tersebut. Bila saya sudah berterus terang, harapnya tidak ada lagi spekulasi yang timbul.
izara adib
Tahniah diucapkan kepada Adib Khalid kerana mendapat kekasih yang cun melecun seperti Izara. Pasti remuk hati para jejaka di luar sana yang menaruh hati terhadap Izara. Silalah jaga Izara Aishah baik-baik. Diharap hubungan mereka akan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Sama-samalah kita doakan.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.