Latest News

Kemasukan Semula Seorang Pelajar AF2014 Bukan Menggunakan AFMASUK Tetapi AFSERAP

Kemasukan semula salah seorang daripada 7 pelajar Akademi Fantasia yang telah tersingkir kali ini tidak akan menggunakan mekanism AFMASUK seperti yang sering digunakan dalam AF sebelum ini. Kali ini pemilihan pelajar yang bertuah akan menggunakan AFSERAP, di mana tenaga pengajar dan pihak fakulti yang akan membuat keputusan. Ini satu langkah yang amat bagus kerana pastinya pihak tenaga pengajar lebih mengetahui pelajar mana yang lebih berbakat.
afserap af2014Berita baik ini telah diumumkan oleh Datuk Hattan, pengetua AF2014 menerusi rancangan MELETOP semalam. Kata Datuk Hattan:-
Kita tidak akan ada AF masuk tetapi sebaliknya AF serap… AF serap ini dibuat atas permintaan ramai dan akan dipilih sendiri oleh tenaga pengajar dan pihak fakulti.
Dari segi pemilihan, kami harus harus bersikap seadil-adilnya dan ini bukanlah mudah bagi kami kerna kesemua pelajar adalah hebat-hebat belaka
hattan
Daripada pemerhatian Abang Nara, Datuk Hattan paling kecewa apabila Adel tersingkir. Bagi Datuk Hattan, Adel mempunyai potensi untuk pergi lebih jauh namun sayangnya undian tidak mencukupi. Adakah Adel akan menjadi tenaga pengajar untuk diserapkan semula? Sama-samalah kita nantikan pengumumannya pada konsert separuh akhir AF2014 Ahad ini. Tak sabar menanti. Sumber Murai.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.