Latest News

Kenapa Ramai Sangat Orang Fikir Kotor & Lucah Di Luar Sana? – Emma Maembong

Ya Abang Nara memahami kekecewaan Emma Maembong. Abang Nara pun kecewa juga dengan pemikiran sesetengah orang kita yang setiap benda nak dikaitkan dengan perkara lucah. Kesian Emma Maembong. Bergambar dengan monyet peliharaannya pun menyebabkan Emma mendapat maklum balas berunsur seksual di laman Instagram. Tak berdosa pun si monyet tue. Sedih sungguh Abang Nara melihat mentaliti sesetengah orang kita.
emma dan monyet
Monyet itu punyalah comel, manja dan tak tahu apa-apa. Mungkin yang berfikiran kotor dan lucah ini tak pernah ada haiwan peliharaan kot. Biasalah haiwan peliharaan bermanja bermain di dada. Takkan itu pun nak jadi isu? Kata Emma:-
Takkanlah pasal monyet pun nak jadi satu masalah? Kenapalah ramai sangat orang berfikiran kotor dan lucah di luar sana. Kadang-kadang saya memang pelik dengan orang0orang begini. Takkan monyet letak kat dada pun nak timbulkan isu?
Orang macam ini memang tak ada kerja. Pendek kata apa saja kita buat semuanya tak kena. Saya percaya kalau saya letak moneyet itu di betis atau kaki tentu lain pula komen dan kutukan mereka untuk mempersendakan saya.
Mungkin mereka sudah kehabisan idea dan tak tahu apa cara lagi untuk mencabar saya. Sebelum saya bertudung, mereka cabar saya macam-macam jadi bila sudah bertudung mungkin mereka tak tahu apa lagi nak serang.
Saya nak tergelak pun ada dengan golongan macam ini sebab mereka tak penat-penat untuk mempopularkan saya dengan macam-macam isu.
emma dan monyet
Marilah kita sekali sekala berfikiran positif dan bergembira untuk orang lain. Janganlah hanya tahu nak ‘condemn’ sahaja. Abang Nara suka melihat aksi Emma Maembong dan monyet peliharaannya. Jelas terserlah sifat kasih sayang Emma. Berilah galakan kepada Emma. Tahulah anda kecewa Emma dah ada Zizan sebagai kekasih tetapi itu tak boleh dijadikan alasan untuk timbulkan isu yang tak masuk akal dengan pelakon jelita ini. Tak gitu? Sumber Harian Metro.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.