Latest News

Reaksi SAMM Mengenai Tajaan Buat Rozita Che Wan Ini Amat Menarik Untuk Dibaca

Abang Nara adalah seorang yang cuba berlaku adil. Selepas memberikan kenyataan menyokong Che Ta yang menerima tajaan daripada Hospital Ampang Puteri beserta alasan-alasan yang masuk akal pada pandangan Abang Nara, tak salah rasanya untuk Abang Nara turut sama berkongsi maklumbalas yang tidak menyokong tajaan tersebut. Apa yang menariknya, kenyataan sebuah NGO yang dikenali sebagai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah memberikan ulasan panjang lebar mengenai ketidaksensitifan hospital terbabit yang menaja Che Ta.
samm che ta
Dengan tajuk “Taja Artis Bersalin: KPJ Tidak Sensetif Terhadap Rakyat Kebanyakan“, tulisan Hadzril Rizal yang merupakan penyeleras SAMM Johor ini mendapat sokongan ribuan rakyat Malaysia yang turut tidak bersetuju dengan tajaan tersebut. Tulis Hadzril:-
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Johor membantah keras cadangan Hospital Ampang Puteri milik Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) yang ingin memberikan tajaan kepada aktress Rozita Che Wan termasuk urusan bilik bersalin, bilik penginapan, rawatan dan layanan kelas A secara percuma.
Apakah asas KPJ membenarkan pengurusan Ampang Puteri untuk memberikan tajaan ini? Sedangkan ramai lagi rakyat negeri Johor yang langsung tidak dapat menikmati apa-apa keistimewaan di pusat-pusat perubatan milik KPJ.
Sementelah pula, pasangan artis ini juga bakal menikmati laba besar hasil daripada penjualan hak eksklusif gambar-gambar bayi mereka nanti kepada pihak Astro. Tidak mungkin pasangan artis ini tidak mempunyai kemampuan untuk membayar yuran perubatan sehingga perlu diberi secara percuma.
Ramai rakyat Johor yang terpaksa berbaris panjang di klinik-klinik kesihatan awam, malahan senarai menunggu untuk rawatan penyakit kritikal seperti pembedahan pintasan jantung di hospital-hospital pakar Kerajaan juga begitu panjang.
SAMM Johor juga baru-baru ini terpaksa mencari ikhtiar dan berbincang dengan Bank Rakyat untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi merawat adik Mohd Aqil Rida yang berasal dari Parit Sulong, Johor yang memerlukan rawatan pembedahan jantung di IJN.
Tetapi di mana peranan KPJ? Mengapa KPJ tidak mahu menghulur bantuan rawatan percuma kepada anak kelahiran Johor seperti kes adik Mohd Aqil Rida ini? Mengapa KPJ tidak memberikan diskaun dan insentif lain kepada anak-anak Johor terutamanya kepada kumpulan berpendapatan rendah untuk menerima rawatan yang lebih sofistikated?
SAMM Johor ingin memperingatkan KPJ sebagai antara pemain utama pusat perubatan dalam negara akan tanggungjawab sebenar KPJ. KPJ janganlah terlalu mengejar populariti sebaliknya ingat juga tanggungjawab sosial yang terpikul terhadap aspek kesihatan anak Johor.
Mencari populariti juga bukan dengan bermaksud menaja sekelompok artis yang kaya raya sebaliknya memberikan insentif dan limpahan nikmat dunia perubatan moden kepada seluruh anak negeri Johor.
Sehubungan itu, SAMM Johor mendesak KPJ membatalkan hasrat ini dan Kerajaan Negeri juga perlu untuk melihat akan insentif dan diskaun yang boleh diberikan oleh KPJ kepada seluruh anak negeri Johor.
samm che ta
Agak menarik juga pendapat daripada penyelaras SAMM ini. Agak sedih membaca nasib yang menimpa adik Mohd Aqil Rida. Semoga apabila hal ini diketengahkan sebegini, ada pihak yang akan tampil dan memberikan tajaan yang sepatutnya. Apa kata anda? Adakah anda turut bersetuju dengan apa yang ditulis oleh SAMM Johor ini?
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita Sensasi Designed by Copyright © 2014

Theme images by Bim. Powered by Blogger.