Latest News

Rita Rudaini Bubarkan Syarikat RS Kosmetik Miliknya Dan Rakan Karib

Terkejut juga Abang Nara mengetahui berita ini. Mana tidaknya, setahu Abang Nara produk kecantikan di bawah syarikat RS Cosmetik And Health Care (RSCHC) milik Rita Rudaini dan kawan karibnya, Siti Saleha telah mendapat sambutan yang hangat. Namun bermula 1 Oktober lalu, Rita telah mengumumkan yang syarikat tersebut telah dibubarkan dan dirinya tidak lagi bertanggungjawab atas sebarang penjualan produk di bawah syarikat tersebut selepas tarikh tersebut.
rita
Rita juga turut memaklumkan yang produk miliknya kini hanya yang dijual di bawah syarikat miliknya dan keluarga.
rita
Berkata kepada Mstar Online, Rita memaklumkan punca pembubaran syarikat tersebut adalah kerana tiada persefahaman. Kata Rita:-
Dalam bidang perniagaan atau apa-apa sahaja kalau tiada keserasian memang tidak boleh buat apa-apa seperti dalam perkahwinan pun kalau tidak serasi tidak boleh kekal lama. Bagaimanapun selepas ini saya akan dapatkan nasihat daripada peguam saya dulu untuk lebih serius menjalankan bidang peniagaan.
Syarikat itu sudah bubar, jadi sebarang produk yang dikeluarkan atau diedarkan daripada tarikh yang berkuat kuasa hari ini dengan menggunakan nama saya, saya tidak teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang.
rita
Apa pun diharap Rita Rudaini terus maju jaya dalam bidang perniagaan yang diceburinya. Abang Nara lihat sambutan yang diberikan terhadap produk Rita memang sangat hangat. Semoga dapat mencari rezeki yang halal dan banyak menerusi produknya.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.