Latest News

Sharnaaz Ahmad Mohon Maaf Jika Lakonan Sebagai ‘Sotong’ Tak Menjadi

Hahaha. Tak boleh bayang Sharnaaz Ahmad yang macho, tough dan kental berlakon sebagai lelaki lembut atau ‘mat sotong’.  Kalau sebelum ini Sharnaaz dikenali dengan lakonannya sebagai ‘Jebat’, nampaknya watak lembut dalam drama Suamiku Encik Sotong ini bakal mengubah persepsi orang ramai. Apa pun, ini sebenarnya satu percubaan yang baik untuk Sharnaaz. Iyerlah, berlakon kenalah variasikan watak. Kalau watak ‘macho’ je sepanjang masa tak best jugak kan?
sharnaaz ahmad
Abang Nara masih belum berkesempatan menonton aksi lembut Sharnaaz Ahmad dalam drama ini. Namun daripada maklumbalas di laman sosial, memang menjadi lakonan yang ditunjukkan. Malah ramai yang melahirkan rasa kagum dan tak sangka Sharnaaz boleh menjadi ‘sotong’ dengan begitu hebat sekali. Apa pun, Sharnaaz terlebih dahulu memohon maaf sekiranya lakonannya tak berapa menyengat. Kata Sharnaaz:-
Ini adalah kali pertama saya mencabar diri untuk membawa watak seumpama ini. Malah saya mengambil masa sehingga dua bulan untuk menerima tawaran ini memandangkan watak ini jauh berbeza dengan diri saya. Namun, jalan cerita sangat menarik!
Menerusi drama ini, saya turut mengorbankan imej dengan membiarkan perut sedikit buncit walaupun mempunyai pusat gimnasium sendiri. Terlebih dahulu, saya ingin meminta maaf kepada penonton sekiranya lakonan kali ini tidak menjadi.
Sehingga kini, saya tidak berani menonton ‘playback’ takut timbul rasa tidak puas hati. Sejujurnya saya sudah mencuba sebaik mungkin. Kalau dulu orang panggil saya Jebat, sekarang saya bersedia dipanggil ‘sotong’.
sharnaaz ahmad
Tak silap Abang Nara, drama ini diadaptasikan daripada novel yang bertajuk Suamiku Encik Sotong. Pasti ramai pembaca novel ini yang akan mengikut drama lakonan Sharnaaz, Amyra Rosli, dan Hanis Zalikha ini. Apa pendapat anda? Menjadi atau tidak lakonan Sharnaaz? Kongsikan di ruangan komen.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.