Hairul Azreen mendakwa kek istimewa hari jadi untuk Hanis Zalikha tidak sampai pada selepas ditempah.
PETALING JAYA: Seorang pembuat kek iaitu Siti Saleha Idris, 34, menegur sikap buruk pelakon Hairul Azreen kerana memuat naik gambar kek di Instagram miliknya dengan kapsyen tuduhan dan fitnah.
Siti Saleha berkata, perbuatan Hariul Azreen itu bukan sahaja mencalarkan reputasinya tetapi dikesalkan apabila dia tidak tahu kisah sebenar disebalik hal berhubung kek tersebut.
Gambar kek yang dimuat naik Hairul menimbulkan kemarahan pengikutnya terhadap pembuat kek yang dituduh tidak bertanggungjawab.
Terdahulu Hairul Azreen, 26, menerusi laman Instagram miliknya pada 10 Oktober lalu telah memuat naik gambar kek dengan kapseyn kecewa kerana tempahan kek sempena ulang tahun kelahiran kekasihnya, Hanis Zalikha, 24, gagal disiapkan.
Dalam pada itu Siti Saleha berkata, dia turut difahamkan kek ulang tahun itu seharusnya dibuat oleh pembuat kek lain namun ia tidak dapat disiapkan kerana perkara tertentu.
Jelas Siti Saleha, dia juga sebelum ini pernah memberi tajaan kek untuk hari jadi beberapa artis tempatan termasuk Adi Putra dan Izreen Azminda tetapi tidak ada apa-apa masalah berlaku kerana mereka membuat tempahan awal.
Hairul Azreen dan Hanis Zalikha.
Sementara itu, seorang lagi peniaga kek yang dikenali sebagai CanDiva turut meluahkan rasa kecewa apabila pelakon itu melalui wakilnya mengambil sikap acuh tidak acuh dalam urusan tempahan kek berkenaan.
Jelasnya, Hairul gagal membayar deposit yang sepatutnya sehingga dia tidak dapat menyiapkan kek istimewa itu pada hari diminta.
Sementara itu, pelakon Hairul Azreen ketika dihubungi enggan memberikan sebarang komen tentang perkara itu.
______________________________________________________________
______________________________________________________________
No comments:
Post a Comment