Latest News

(TAHNIAH)Erin Malek Kini Sah Isteri Kepada Farriz Fauzy

Jutaan tahniah diucapkan kepada Erin Malek dan Farriz Fauzy yang telah disatukan sebagai suami isteri di dalam sebuah majlis pernikahan penuh meriah semalam. Hanya dengan sekali lafaz, Erin Malek (20 tahun) telah bergelar isteri kepada Farriz Fauzy (30 tahun) kira-kira 9.12 malam semalam di kediaman keluarga pelakon tersebut di Duta Suria, Ampang.
erin malek
Pada majlis tersebut, Erin Malek telah menerima mas kahwin sebanyak RM10,000 dan wang hantaran sebanyak RM30,000. Majlis bertemakan pernikahan dalam taman itu telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran 300 tetamu yang terdiri daripada keluarga rapat, sahabat handai dan para media.
Rombongan lelaki turut membawa tujuh dulang hantaran berupa cincin, Al-Quran dan sepasang telekung, seutas jam tangan, beg tangan dan sepasang kasut, barangan kosmetik, set wangian dan manisan. Manakala pihak perempuan membalas sebanyak sembilan dulang hantaran iaitu tepak sirih, cincin, Al-Quran dan sejadah, seutas jam, sepasang sut, beg dan tali pinggang, set wangian, sepasang kasut dan kek.
erin malek
Tahniah diucapkan kepada Erin Malek dan Farriz Fauzy atas pernikahan anda. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat. Majlis resepsi pasangan ini akan berlangsung malam ini di Hotel InterContinental, Semoga ia berjalan dengan lancar. Selamat pengantin baru!!! Kredit gambar Project2Pi.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.