Latest News

Tak Mampu Lagi Bersabar, Aidil Zafuan Luah Perasaan Di Instagram

Sehebat mana pun seorang lelaki itu, kesabarannya pasti ada had. Akhirnya kerana tidak mampu bersabar dengan apa yang dimaklumkan oleh Rita Rudaini menerusi media, Aidil Zafuan telah tampil menerusi akaun Instagram untuk membidas segala kenyataan bekas isterinya itu. Antara yang ditunjukkan oleh Aidil ialah sms-sms yang dihantar olehnya yang tidak langsung mendapat balasan daripada Rita. Agak sedih juga kerana ia adalah sms mengenai anak-anak mereka.
aidil dan rita
Selain itu, Aidil juga menunjukkan bukti pembayaran nafkah terhadap anak-anaknya untuk bulan ini yang berjumlah RM2,000. Pembayaran tersebut telah dilakukan secara online menerusi Maybank2u terus ke akaun Rita Rudaini. Membaca kata-kata yang ditulis Aidil membuatkan hati Abang Nara sebak juga. Abang Nara faham betapa stressnya Aidil dengan kemelut yang tak sudah-sudah antara dirinya dan Rita.
rita aidil
SMS yang dihantar oleh Aidil
aidil dan rita
bukti pembayaran nafkah
Kemungkinan besar Aidil tampil menunjukkan segala bukti ini adalah kerana kenyataan Rita pada minggu lalu yang mendakwa dirinya tidak pernah meminta cerai daripada pemain bola sepak itu. Menurut Aidil, dakwaan tersebut adalah palsu semata-mata.
aidl
Agaknya sampai bilakah kemelut antara Aidil dan Rita ini akan tamat? Rasanya dah dekat 4,5 tahun dah. Kedua-duanya saling berbalas kenyataan di media sosial dan juga media cetak. Adakah mereka akhirnya akan bertemu kebahagiaan yang dicari? Entahlah. Sama-samalah kita doakan yang terbaik. Yang penting, jangan lupa tanggungjawab masing-masing terhadap anak-anak. Itu adalah perkara yang paling utama.
______________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
______________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

Berita or News Designed by Copyright © 2014

Theme images by blue_baron. Powered by Blogger.